Pak guard pun mampu beli barang kemas, kalah perempuan mat! Ini rahsia dia rupanya
SIAPA sangka seorang pengawal keselamatan mampu memakai barang kemas, dan rupa-rupanya terdapat rahsia kekayaan di sebalik kemewahan itu.
Menerusi perkongsian video di TikTok @artpapearn, lelaki berkenaan dilihat memakai rantai emas tebal, gelang dan cincin emas serta azimat emas.
Penampilannya yang sarat dengan barang kemas itu menimbulkan tanda tanya mengenai sumber pendapatannya sehingga mampu memiliki perhiasan mewah.
Menurut portal Thaiger, pengawal keselamatan itu berkata, dia menjalani gaya hidup secara sederhana (berjimat-cermat) dan menyimpan harta dengan menyimpan dan tidak membelanjakan gaji bulanannya.
@artpapearn สัมภาษณ์ลุงคำรณ ยามโตโยต้า #ก็แค่ยามโตโยต้า #ช่างอาร์ท #อาร์ทพากิน ♬ เสียงต้นฉบับ – วชรากร เชดช335
Bagi menampung perbelanjaan harian, lelaki itu menjana pendapatan dengan menjual barang antik yang dikumpulnya.
Mengulas lanjut, katanya, dia hanya membelanjakan sekitar 60 baht (RM8) setiap hari.
@artpapearn #ก็แค่ยามโตโยต้า ♬ เสียงต้นฉบับ – วชรากร เชดช335
Rata-rata netizen kagum dengan usaha pengawal keselamatan itu yang merendah diri dan tidak angkuh dengan harta dimilikinya.