Pak cik jual kucing ‘terabai’ RM800 tepi jalan

Pak cik jual kucing ‘terabai’ RM800 tepi jalan. Seorang lelaki yang juga merupakan peniaga makanan mendapat kecaman ramai apabila didakwa menjual kucingnya dalam keadaan haiwan itu seperti diabaikan pada harga RM800 di tepi jalan Bandar Sri Permaisuri, Cheras baru-baru ini.

Beberapa ahli kumpulan Facebook Kucing Hilang Jumpa Malaysia antara yang terawal membangkitkan isu tersebut dan menggesa orang ramai supaya tidak membeli kucing berkenaan.

“Kucing ini jangan beli. Kalau boleh buat laporan dan selamatkan ia. Sebab ramai kata orang itu banyak kali ulang kucing lain-lain,” komen Maman Razo.

Pak cik

BACA JUGA : Kes meningkat, katil ICU ditambah di Kelantan

Tangkap layar beberapa individu yang menyifatkan kucing itu tidak dilayan dengan baik oleh tuannya.

“Kalau kita beli ibarat kita galakkan perdagangan kucing oleh pakcik ini. Kucing pak cik ini nampak terseksa,” kata Myojinie Freedie.

“Kita rasa kasihan dan terus rasa hendak beli tetapi bila periksa ini bukan pertama kali dia jual begitu. Sudah bertahun. Jadi kepada sesiapa yang murah hati mahu beli pada harga diminta saya minta fikir masak-masak,” ujar Nur Izasyafira.

“Saya ada WhatsApp pak cik itu siang tadi dia mahu jual seekor sahaja pada harga RM800. Sebentar tadi pak cik itu hantar mesej beritahu sudah ada orang beli kucing tu,” komen Ash Yusof.

Persatuan Haiwan Malaysia dalam respons berhubung perkara itu berkata, perbuatan menjual kucing tanpa menitikberatkan kebajikan haiwan berkenaan merupakan satu kesalahan.

“Aktiviti jualan tidak dibenarkan jika keadaan kucing itu menunjukkan ia tidak sihat, tidak ‘fit’ untuk jualan seperti, tidak bersih, berpenyakit kulit dan kotor.

“Tidak dibenarkan juga menjual kucing dalam keadaan terdedah bahaya cuaca panas dan hujan atau terdedah serta terbuka sehingga boleh berlaku kemalangan,” katanya hari ini.

Berita penuh : https://www.kosmo.com.my/2021/08/23/pak-cik-jual-kucing-tepi-jalan-rm800-kena-kecam/

COMMENTS

Wordpress (0)