Pahang gagal kekalkan syarat untuk Fasa 2 Pelan Pemulihan

Pahang gagal kekalkan syarat untuk Fasa 2 Pelan Pemulihan.

Sebanyak 7,097 kes baru dilaporkan dengan Lembah Klang masih mendahului kes harian tertinggi.

Selangor menyaksikan 3,119 kes Covid-19 baru, hari kedua berturut-turut jangkitan baru dilapor melebihi 3,000 untuk negeri itu.

Kuala Lumpur menyaksikan peningkatan kes empat angka dengan 1,005 jangkitan baru. Ia juga mencatatkan kenaikan empat digit semalam.

Negeri Sembilan juga menyaksikan lonjakan dengan 788 kes baru, yang tertinggi dalam tempoh 19 hari.

Pahang, yang memasuki Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (NRP) pada 5 Julai pula mengalami kemerosotan.

Negeri itu perlu mengekalkan kes Covid-19 harian baru bawah 206 kes bagi memenuhi syarat Fasa 2 tetapi purata kes harian baru selama tujuh hari untuk negeri ini meningkat kepada 224.

Pecahan kes baru mengikut negeri (kumulatif):

Selangor – 3,119 (268,841)
WPKL – 1,005 (83,909)
Johor – 224 (73,386)
Sabah – 244 (71,189)
Sarawak – 289 (67,560)
Negeri Sembilan – 788 (49,417)
Pulau Pinang – 140 (35,817)
Kelantan – 123 (35,616)
Perak – 187 (27,974)
Kedah – 198 (27,061)
Melaka – 358 (20,357)
Pahang – 258 (15,235)
Terengganu – 43 (11,521)
WP Labuan – 93 (8,858)
WP Putrajaya – 26 (2,448)
Perlis – 2 (601)

[Berita penuh menyusul]

Berita Penuh : https://www.malaysiakini.com/news/582074

BACA JUGA : Kenapa pekerja lompat pagar beramai-ramai tu?, Ini penjelasan Polis