Padah ziarah kubur, lelaki dikompaun RM2,000

Padah ziarah kubur, lelaki dikompaun RM2,000

Padah ziarah kubur, lelaki dikompaun RM2,000. Lelaki dikompaun RM2,000 kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) apabila menziarahi kubur pada Aidiladha, semalam.

Ketua Polis Daerah Jempol Superintendan Hoo Chang Hook berkata, pemuda berusia 21 tahun itu ditahan pasukan khas pematuhan SOP Pelan Pemulihan Negara pada 11.40 pagi di Tanah Perkuburan Islam Felda Palong 12 dan 13.

Katanya, dia didapati hadir bagi tujuan ziarah kubur yang merupakan aktiviti dilarang bersama dua anak saudaranya.

ziarah

“Berikutan itu, kompaun dikeluarkan mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988,” katanya.

Chang Hook menasihati orang ramai supaya mematuhi semua SOP ditetapkan termasuk tidak melakukan aktiviti ziarah kubur dan berkunjung rumah ke rumah sepanjang Aidiladha ini.

Berita Penuh : https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2021/07/733033/pemuda-dikompaun-rm2000-kerana-ziarah-kubur

Jika Terlepas: Dijangka lebih ramai doktor kontrak hantar notis letak jawatan 24 jam