Padah sambut birthday pekerja, majikan diarah bayar RM1.9 juta

Padah sambut birthday pekerja, majikan diarah bayar RM1.9 juta. Seorang lelaki di negeri Kentucky, Amerika Syarikat (AS) menerima wang pampasan berjumlah AS$450,000 (RM1.9 juta) selepas majikannya gagal menghormati permintaannya untuk tidak diraikan dalam majlis hari lahir.

Menurut laporan stesen penyiaran NBC, Kevin Berling, yang mempunyai masalah gangguan keresahan meminta majikannya untuk tidak mengadakan sambutan hari lahir buatnya pada 2019 kerana bimbang mengalami serangan panik.

Namun begitu, syarikat tempat dia bekerja iaitu Gravity Diagnostic tidak mengendahkan permintaan Berling dan meneruskan sambutan hingga membuatkan lelaki itu mendapat serangan panik yang serius.

Berling menghantar pesanan kepada pihak pengurusan untuk meluahkan rasa kecewa dengan perbuatan tersebut. Beberapa hari kemudian, dia telah dipecat dari syarikat itu.

Pada 31 Mac lalu, pihak juri menetapkan Berling layak menerima RM1.9 juta atas ketidakadilan layanan yang diterima.

Dokumen mahkamah menunjukkan juri mendapati bahawa Berling menerima layanan buruk daripada majikan yang gagal memahami masalah gangguan keresahan yang dialaminya.

Menurut peguam Berling, Tony Bucher, anak guamnya tidak mendatangkan bahaya kepada orang sekeliling atau pekerjaan sekiranya masalah kesihatan mentalnya difahami.
TONTON :


BACA:

Kita sedang menuju ke arah pemberian subsidi haji secara bersasar – Idris

Pencetus sebenar “burung puyuh Burung Ketut” yang ramai tidak tahu

Lelaki masukkan mercun dalam dubur kucing dan bakar, ini yang jadi..

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (1)
  • […] Padah sambut birthday pekerja, majikan diarah bayar RM1.9 juta […]