Orang sudah tidak membeli, 91% kedai runcit alami kemerosotan jualan

Orang

Orang sudah tidak membeli, 91% kedai runcit alami kemerosotan jualan. Kaji selidik oleh Persatuan Rantaian Runcit Malaysia (MRCA) mengenai impak daripada sekatan semasa menunjukkan 91 peratus daripada perniagaan runcit melaporkan jualan merosot untuk tempoh Januari hingga Jun 2021.

Presidennya, Shirley Tay berkata kaji selidik itu dijalankan pada Jun dalam kalangan 450 ahli persatuannya untuk membandingkan angka jualan bagi tempoh enam bulan pertama pada 2020 dan 2021.

“Sebanyak 45 peratus daripada responden menyatakan mereka mencatatkan kemerosotan jualan lebih 30 peratus manakala 55 peratus menyatakan mereka perlu mengurangkan operasi runcit mereka manakala 21 peratus terpaksa menutup sehingga enam rangkaian dan cawangan.

Orang

“Sebanyak 40 peratus daripada ahli kami melaporkan bahawa mereka terpaksa memberhentikan lebih 10 pekerja dan apabila kami membuat penjadualan, adalah selamat untuk menyatakan bahawa kemungkinan lebih 50,000 pekerja runcit telah diberhentikan setakat ini,” katanya pada sidang media secara maya hari ini.

Tay berkata sebanyak 97 peratus daripada responden runcit melaporkan bahawa mereka hanya mempunyai 4.5 bulan nilai aliran tunai untuk mengekalkan operasi mereka berikutan jualan merosot.

“Ramai ahli kami terjejas teruk oleh pandemik ini, sebahagiannya tidak dapat bertahan lebih tiga bulan dengan kedudukan aliran tunai semasa mereka,” katanya.
Sementara itu, MRCA bersama Persatuan Jualan Langsung Malaysia (DSAM) bekerjasama untuk mengumpul dana kecemasan bagi membeli bekalan makanan keperluan untuk mereka yang terjejas oleh pandemik.

Kerjasama itu menyasarkan untuk mengumpul RM500,000 bagi membantu menyediakan kotak makanan kepada lebih 10,000 keluarga di Lembah Klang dan kawasan sekitarnya.

“Setakat ini, kotak makanan tersebut telah diberikan kepada 2,000 keluarga di sembilan lokasi agihan di Kuala Lumpur dan Selangor dengan lebih banyak lokasi kini sedang dimuktamadkan untuk pengagihan yang seterusnya.

“Kami yakin kerjasama ini dengan DSAM sekurang-kurangnya akan dapat membantu mereka yang kurang bernasib baik kerana setiap sumbangan akan dapat mengurangkan kesukaran rakyat,” katanya.

Berita Penuh : https://www.astroawani.com/berita-malaysia/91-peratus-daripada-perniagaan-runcit-lapor-jualan-merosot-pada-separuh-pertama-2021-kaji-selidik-308752

jika Terlepas: Jangan lagi kelaskan perniagaan perlu dan tak perlu, perlu berasas penilaian risiko