Orang ramai persoal pakaian jurutera dalam drama TV3 ni. Drama yang kini semakin mendapat perhatian berjudul Biarkan Ia Pergi lakonan daripada Isyariana dan Amar Baharin. Drama tersebut telah memulakan tayangan sejak 11 Ogos lalu dan ditayangkan menerusi Slot Samarinda TV3 bagi menggantikan drama Tarik Aku Ke Syurga.
Buat peminat dua pelakon utama tersebut tentu masih ingat dengan drama yang pernah mereka jayakan bersama dalam Hati Yang Dikhianati dan drama terbaharu ini pula merupakan gandingan kali kedua antara Isyariana dan Amar Baharin.
Pun begitu, satu muat naik yang memaparkan pelakon, Isyariana yang memegang watak sebagai Alissa Othman dan Hariz Hamdan membintangi watak Badry ini pula mengundang babak dalam drama Biarkan Ia Pergi menerima kritikan apabila orang ramai tertumpu kepada pemakaian kedua pelakon tersebut yang dilihat berada di sebuah tapak pembinaan.
Pemakaian kedua-dua pelakon tersebut dalam babak drama Biarkan Ia Pergi ini memaparkan mereka memakai lengkap berpakaian kemas bagi lelaki manakala pelakon wanita pula memakai kasut tumit tinggi. Pemakaian tersebut ternyata mengundang kritikan oleh netizen.
Menjengah ke ruangan komen di perkongsian video pendek terbabit bagaimanapun ada yang mempersoalkan pemakaian mereka dan ada juga yang memberitahu seorang jurutera tidak memakai pemakaian sedemikian ketika menjalankan site visit.
“Hakikatnya engineer tak pakai blazer pun kat site”
@harizhamdann Boleh jatuh pulak helmet 🤣 #biarkaniapergi ♬ original sound – Hariz hamdan
BACA:
Anak Rosmah setuju ibunya dikenakan hukuman, cerita hal sebenar
Kelibat pesakit lumpuh datang sendiri ke bank untuk tukar kad dipersoal