Orang ramai mula gelisah KWSP khas belum masuk seperti dijanjikan

Orang ramai mula gelisah KWSP khas belum masuk seperti dijanjikan. Orang ramai ketika ini dilihat tidak tenteram menunggu pembayaran pengeluaran khas Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang diawalkan bermula semalam.

Tinjuan Utusan Online di Facebook Pengeluaran Khas KWSP 2022 mendapati, pengguna laman sosial masing-masing mempersoalkan tarikh pembayaran pengeluaran khas itu.

Malah, ada pengguna yang masih gelisah apabila status permohonannya itu masih pada status ‘diterima’ dan bukannya ‘lulus’ serta belum diberi tarikh pembayaran.

“Nak tanya. Kalau tarikh (yang dijangka pembayaran) kita 28 Mei, masuk dalam (akaun) tarikh bila ya?,” soal Bella Molekk.

“Kenapa masih belum lulus?? Saya mohon 1 April (tetapi) masih belum lulus. Tahu tak mahu pakai duit ini dengan gaji pun kena tunggu habis raya. Tolong lah cepat sikit proses,” ujar Sya Fiqah.

“Mohon 2 April Alhamdulillah baru saja tadi lulus 19 April. Semak antara pukul 8 dan 9 tadi masih purple (diterima), tetapi pukul 10 baru hijau (lulus),” jelas Ran Noktis.
TONTOn :

BACA:

Kita sedang menuju ke arah pemberian subsidi haji secara bersasar – Idris

Pencetus sebenar “burung puyuh Burung Ketut” yang ramai tidak tahu

Orang ramai persoal kos bina kubah sekolah milik penceramah terkenal hampir setengah juta