Orang ramai geram gaji Pengerusi FGV naik RM480K disaat subsidi minyak masak ditarik

Orang ramai geram gaji Pengerusi FGV naik RM480K disaat subsidi minyak masak ditarik

Orang ramai geram gaji Pengerusi FGV naik RM480K disaat subsidi minyak masak ditarik. Selepas tiada lagi harga kawalan siling untuk ayam dan telur ayam serta subsidi minyak masak tulen bagi pek kemasan botol mulai 1 Julai nanti, warganet mulai bongkar kenaikan gaji Pengerusi FGV Holdings Bhd.

Pengguna Twitter, Shahrizal Denci berkongsikan dokumen yang menyatakan kenaikan gaji tahunan Pengerusi FGV itu kepada RM480,000 bermula esok.

Ini bermakna gaji bulanan pengerusi syarikat minyak sawit ketiga terbesar di dunia dari segi keluasan tanaman itu adalah sebanyak RM40,000 sebulan.

Sebelum itu, pengerusi syarikat tersebut menikmati gaji tahunan sebanyak RM300,000 antara 24 Jun 2021 hingga hari ini.

Cadangan jumlah gaji baharu yang diluluskan itu menyaksikan pengerusi FGV menikmati kenaikan gaji sebanyak 60 peratus ketika harga minyak masak yang dijual dalam negara melambung tinggi.

“Mengapa kita perlu menderita untuk mereka kekal kaya?” soal Shahrizal.

Orang ramai geram gaji Pengerusi FGV naik RM480K disaat subsidi minyak masak ditarik

Minyak masak di Malaysia mahal menggila walaupun sawit ditanam meluas hingga musnahkan hutan dan ceroboh rizab sungai.

Dalam masa sama, ada yang turut secara sinis mengaitkan dengan konsep ‘Keluarga Malaysia’ yang dilancarkan Ismail Sabri pada Oktober tahun lalu.

“Inilah keluarga Malaysia,” komen Zamli Mastor.

Untuk rekod, FGV yang menguruskan ladang sawit seluas hampir 440,000 hektar di Malaysia dan Indonesia mendapat keuntungan sebelum cukai RM501 juta bagi suku pertama berakhir 31 Mac 2022.

Angka itu dilapor sebagai prestasi luar biasa dengan peningkatan ketara berbanding hanya RM15 juta pada suku sama tahun lalu.

FGV meraih laba besar daripada produk sawit, hiliran, baja dan perniagaan logistik.

BACA:

Babak lakonan berpeluk atas katil dalam drama melayu jadi bualan, mana menteri Pas?

Kakitangan hospital cuai tinggalkan kepala bayi dalam rahim, KP Kesihatan arah siasat

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)