Orang ramai bidas kenyataan doktor, bukan tak mahu ke hospital tapi di suruh balik

Orang ramai mengakui keliru sama ada perlu menjalani kuarantin kendiri di rumah atau Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) sekiranya disahkan positif Covid-19.

Kekeliruan berkenaan berbangkit di laman sosial media sejak semalam selepas seorang doktor pakar bius mendakwa bahawa sikap ambil lewa dan sering bertangguh untuk mendapatkan rawatan awal menjadi punca kepada banyak kes BID (brought in dead).

Seorang pengguna media sosial dengan nama Hafraharfah berkata, ibunya meninggal dunia akibat Covid-19 selepas diarahkan balik menjalani kuarantin di rumah walaupun keadaannya telah teruk.

Orang ramai bidas kenyataan doktor, bukan tak mahu ke hospital tapi di suruh balik

“Kami punya terdesak sampai panggil ambulans swasta untuk menghantar mak ke hospital, sampai hospital disuruh pulang pula kerana katanya tak teruk lagi.

Lepas seminggu, mak saya meninggal dunia,” katanya di ruangan komen laman Instagram Kosmo!.

Menurut pengguna dengan nama Hrlizhm, kenyataan tersebut dilihat seperti hendak menyalahkan orang awam semata-mata kerana ada pesakit yang diarahkan untuk kuarantin di rumah walaupun telah ke hospital sebelumnya.

“Asyik menyalahkan rakyat, itulah yang berlaku sejak dahulu. Rakyat berhak dapat perlindungan, rawatan kesihatan tapi mengapa Covid-19 Fasa 1 dan 2 kena kuarantin di rumah dan di mana hak rakyat untuk dapatkan rawatan sebaiknya?

“Kalau diarahkan kuarantin di rumah sepatutnya pihak Kementerian Kesihatan (KKM) yang perlu melakukan pemantauan dan tidak perlu menunggu pesakit untuk maklumkan keadaan mereka,” katanya.

Seorang lagi pengguna, Hamba_Allah_Sahaja2021 berkata, kenyataan doktor pakar bius berkenaan adalah tidak benar dan perlu diperbetulkan kerana bukan pesakit yang tidak mahu mendapatkan rawatan di hospital.

“Pengalaman saya pun sama, kakak sesak nafas, hubungi ambulans tak datang pun. Rakyat faham jika hospital penuh, cuma nak betulkan kenyataan tersebut yang tidak tepat.

“Jangan kelirukan rakyat yang tidak berdaya ini, cerita biar benar,” ujarnya.

Terdahulu, Kosmo! Online semalam melaporkan tentang pendedahan oleh seorang pakar bius yang mendakwa sikap ambil lewa dan sering bertangguh untuk mendapatkan rawatan awal menjadi punca kepada banyak kes BID ( brought in dead).

Jelas pakar berkenaan, pesakit memberikan pelbagai alasan untuk tidak menurut arahan agar menjalani kuarantin di hospital selepas disahkan positif Covid-19.

Kenyataan tersebut yang disiarkan oleh Kosmo! Online semalam telah mendapat lebih 4,000 reaksi daripada pengguna media sosial dan 146 komen yang rata-ratanya menyifatkan ia sebagai tidak benar dan hanya menunding jari kepada orang awam.

Berita Penuh : https://www.kosmo.com.my/2021/09/03/bukan-tidak-mahu-ke-hospital-kami-di-suruh-balik/

BACA JUGA : Pelantikan kembali Duta Khas undang kritikan, satu pembaziran