Orang paling kaya dunia hilang RM6.1 trillion

Orang paling kaya dunia hilang RM6.1 trillion

Orang paling kaya dunia hilang RM6.1 trillion. Seramai 500 individu terkaya dunia dilaporkan telah kehilangan nilai kekayaan terkumpul sebanyak AS$1.4 trilion (RM6.1 trilion) sejak awal tahun ini, demikian menurut Indeks Bilionair Bloomberg.

Menurut laporan laman berita RT, pengiraan indeks berkenaan menunjukkan individu paling kaya di dunia menjadi lebih ‘miskin’ sebanyak AS$206 bilion (RM910 bilion) hanya untuk satu hari iaitu pada Isnin lepas.

Pengasas Binance, agensi pertukaran mata wang kripto terbesar dunia, Changpeng Zhao, mengalami kerugian terbesar dengan kekayaannya menyusut sebanyak AS$85.6 bilion (RM378 bilion) menjadi AS$10.2 bilion (RM45 bilion) sejak awal tahun ini.

Pengasas Tesla dan Space X, Elon Musk menduduki tempat kedua dari segi kerugian, apabila kehilangan kira-kira AS$73.2 bilion (RM323.4 bilion).

Pengasas Amazon, Jeff Bezos pula lesap AS$65.3 bilion (RM288 bilion), manakala kekayaan pemilik Meta, Mark Zuckerberg menyusut sebanyak AS$64.4 bilion (RM284.6 bilion).

Orang paling kaya dunia hilang RM6.1 trillion

Ketua Pegawai Eksekutif Louis Vuitton Moet Hennessy, Bernard Arnault juga menerima nasib sama apabila kehilangan AS$56.8 bilion (RM251 bilion) setakat tahun ini.

Penganalisis menyalahkan keadaan ekonomi sebagai punca kepada kerugian tersebut berikutan inflasi yang melambung tinggi dan kenaikan kadar faedah yang telah menjejaskan pasaran kewangan.

BACA:

Makin bergolak, Ellie Suriaty gesa Dr Azra munculkan diri

Pertahan LGBT, Disney batal tayangan filem ‘Lightyear’ di Malaysia

‘Kenapa sikit sangat A?’ Pelajar dapat 12A kecewa ibu tak puas hati dengan keputusan SPM

CATEGORIES