Orang kampung pula dedah perangai remaja kebas tabung masjid, menakutkan…

Orang kampung pula dedah perangai remaja kebas tabung masjid, menakutkan…Semalam, media melaporkan lelaki berusia 19 tahun mengaku bersalah mencuri tabung masjid bagi kegunaan membeli ubat untuk atuknya yang sakit di rumah.

Susulan itu, mahkamah telah memutuskan untuk menahan suspek selama 10 hari selain perlu membayar denda sejumlah RM4,000 selepas pertuduhan dibacakan.

Kenalan dedah perangai lelaki curi tabung masjid
Walaubagaimanapun, keputusan itu sepertinya sukar diterima oleh segelintir netizen apabila satu demi satu rahsia terbongkar memaklumkan bahawa pelaku itu sebenarnya seorang penagih dadah.

Pendedahan itu dapat dilihat menerusi perkongsian @jllmisai di laman Twitter yang telah menghimpunkan beberapa komen yang diambil daripada beberapa ‘posting’ berhubung kes remaja berkenaan.

“Atuk takut nak buat laporan…”

kampung
Difahamkan lagi, keputusan pihak jemaah masjid membawa remaja itu ke balai polis juga telah mendapatkan persetujuan atuknya kerana sudah tidak tahan dengan perangainya yang suka mencuri dan mengugut untuk mendapatkan duit.

BACA : Panas !!! Datuk remaja kena mandi jenazah akhirnya bersuara

“Dah syak sikit dari awal…”

Walaubagaimanapun, belum dapat dipastikan akan kesahihan pendedahan itu dari mana-mana pihak yang sepatutnya dan diharapkan agar kes ini dapat diadili dengan sebaiknya.

BACA JUGA: Hanya Agong boleh pecat Azam Baki, Amanah hantar memorandum ke Istana Negara

Artikel ini disiarkan pada 14/01/2022

COMMENTS

Wordpress (0)