Online tak semua ada, TV majoriti ada… Kenapa pengajaran tak melalui TV?

Dia macam ini. Kerajaan ada channel TV.

Buka channel baru untuk TV Pendidikan. 1 darjah kau bagi 1 channel. Panggil mana-mana cikgu yang handal mengajar, shoot depa tengah mengajar dengan fun. Bagi produksi yang dah sedia maklum power untuk buat.

Kemudian, susun jadual tayangan ikut subjek sebiji macam jadual waktu sekolah. Bahasa Melayu pukul 8-9 pagi, 11-12 Sains, misalnya. Ada gap sejam untuk anak-anak buat preparation next subjek. Cikgu pun boleh bagi kerja sekolah time gap itu.

Jadinya, bila dah ada jadual tetap, anak murid satu Malaysia boleh tercongok depan TV ikut jadual yang telah disediakan. Satu Malaysia murid Darjah 2 misalnya, akan belajar Bahasa Melayu pada pukul 8-9 pagi, hari Isnin. Kalau tak ada TV, tumpang rumah jiran. Kongsi tengok.

Selaraskan. Buat juga siaran ulangan belah malam, macam Astro dok selalu buat. Jadi mak bapak balik kerja, boleh lah kot-kota nak tengok apa anak belajar tadi. Kalau anak tak faham, boleh mak bapak terangkan.

Covid-19 bukannya baru semalam ada. Takkan benda mudah macam ini pun, tak boleh nak fikir?