Olimpik : Enggan iktiraf Israel, atlet judo Algeria umum tarik diri. Atlet judo Algeria, Fethi Nourine menarik diri daripada Olimpik Tokyo 2020 selepas undian menunjukkan dia mungkin menentang peserta dari Israel.
Nourine diundi bertemu peserta Sudan, Mohamed Abdalrasool pada perlawanan pertama, Isnin ini dan akan menentang peserta Israel, Tohar Butbul di pusingan berikutnya.
Bercakap kepada stesen televisyen Algeria semalam, Nourine berkata, sokongan politik buat Palestin menyebabkan dia tidak mahu menentang peserta Israel.
“Kami bekerja keras untuk sampai ke Olimpik, tetapi isu Palestin lebih besar daripada semua ini,” katanya sambil menyifatkan keputusan dibuatnya itu adalah muktamad.
Ini kali kedua Nourine menarik diri daripada kejohanan untuk mengelak daripada menentang peserta Israel selepas kali pertama ketika Kejuaraan Dunia 2019 di Tokyo.
Peserta judo Iran turut mencuri tumpuan apabila enggan bertanding menentang peserta Israel.
Berita Penuh :https://www.hmetro.com.my/arena/lain/2021/07/733867/atlet-judo-algeria-tarik-diri-enggan-lawan-peserta-israel