Objek misteri bersaiz besar tiba-tiba terdampar di pantai terpencil di Australia, rupanya ini asal usul objek itu..
Pihak berkuasa Australia sedang meneliti asal usul objek besar yang tidak dikenal pasti
Terdampar di pantai terpencil di Australia Barat, Agensi Berita Jerman (dpa) memetik laporan media tempatan.
Pada Isnin, Polis Australia Barat memaklumkan pihaknya sedang menyelaras siasatan mengenai asal-usul objek silinder diselaputi teritip, yang ditemui di pantai berhampiran Teluk Jurien pada Ahad, kira-kira 250 kilometer ke utara Perth.
“Memandangkan asal usul objek itu tidak diketahui, masyarakat setempat harus mengelak daripada menyentuh atau cuba mengalihkan objek itu.”
Agensi berita AAP memetik laporan polis bahawa analisis objek oleh Jabatan Bomba dan Perkhidmatan Kecemasan dan Pusat Kimia Australia Barat menentukan item itu selamat dan”tiada risiko semasa kepada masyarakat”.
Program Sunrise on 7 memetik kenyataan Pusat Angkasa Antarabangsa di Universiti Australia Barat bahawa objek itu dipercayai dari pelancaran angkasa India pada beberapa bulan lalu.