Nurul Zahid minta adik lelakinya putuskan hubungan cinta dengan Siti Bainun

Nurul Zahid minta adik lelakinya putuskan hubungan cinta dengan Siti Bainun. ANAK sulung Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Nurul Zahid mendedahkan dia yang bertanggungjawab mempertemukan adik bongsunya dengan pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun.

Menurut Nurul atau nama sebenarnya Nurul Hidayah Ahmad Zahid, dia mengenali Siti Bainun dan mahu menjodohkan wanita tersebut dengan adiknya memandangkan adiknya seorang lelaki pemalu.
“Sebagai kakak sulung, saya sentiasa mahu yang terbaik untuk adik-adik saya.

“Mengenali orang kena tuduh (OKT) pada suatu ketika dulu, dia seorang yang peramah dan suka membantu orang dengan kerja-kerja amal yang dia lakukan.

“Being me, saya agak nakal untuk ‘kenenkan’ adik bongsu saya dengan OKT. Adik saya seorang yang sangat baik, rapat dengan keluarga, dan pemalu untuk bergaul dengan perempuan.
“Apa yang berlaku selepas usikan demi usikan, mereka jadi rapat. Tetapi Allah lebih Maha Mengetahui,” tulisnya.

Namun hubungan tersebut tidak menjadi setelah beberapa isu yang timbul dan jalinan antara mereka berdua dianggap sebagai toksik.

Nurul berkata lagi, soal melangkah ke alam perkahwinan juga tidak pernah timbul memandangkan adik-beradik yang lain menentang perhubungan tersebut.
Malah, dia merasa dikhianati setelah mengetahui apa yang berlaku.

“Hubungan mereka sering tegang dan menjadi semakin renggang.

“Saya menasihati adik saya agar lupakan hubungan yang toksik seandainya sudah tidak ada persefahaman dan tiada keserasian.

“Tidak timbul cerita hampir kahwin kerana saya dan adik perempuan saya benar-benar menentang hubungan itu setelah beberapa isu yang berlaku.

“Cukuplah saya nyatakan, saya rasa dikhianati. Hanya Allah sebaik-baik pelindung,” jelasnya lagi.

Terdahulu, Nurul menafikan dakwaan keluarganya melindungi pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali yang sedang berhadapan pertuduhan mendera remaja sindrom Down, Bella.
TONTOn :

BACA:

Kita sedang menuju ke arah pemberian subsidi haji secara bersasar – Idris

Pencetus sebenar “burung puyuh Burung Ketut” yang ramai tidak tahu

Lelaki masukkan mercun dalam dubur kucing dan bakar, ini yang jadi..

CATEGORIES