“Not My Problem” : Pegawai farmasi didakwa ‘biadab’ sudah dikenalpasti

“Not My Problem” : Pegawai farmasi didakwa ‘biadab’ sudah dikenalpasti. Hospital Kuala Lumpur (HKL) mengenal pasti pegawai farmasinya susulan aduan yang tular di media sosial bertajuk “Terlajak perahu boleh diundur, terlajak biadab menjawablah kau kat KKM” pada 10 Januari lalu.

Pengarahnya, Dr. Rohana Johan berkata, pihaknya akan mengambil tindakan sewajarnya bagi memastikan insiden tersebut tidak berulang berhubung dengan isu komunikasi pegawai.

“Hasil siasatan mendapati terdapat kekeliruan antara pengadu dengan pegawai yang bertugas, di mana perkhidmatan MyUbat tidak dapat dilaksanakan bagi ubat tertentu berikutan kekangan stok bekalan yang terhad bagi ubatan tersebut.

"Not My Problem" : Pegawai farmasi didakwa 'biadab' sudah dikenalpasti

“Bagi melaksanakan aplikasi MyUbat dan penghantaran melalui pos memerlukan pembungkusan dua minggu lebih awal daripada tarikh pesakit menerima ubat tersebut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Rohana berkata, perkhidmatan MyUbat akan dapat dilaksanakan seperti biasa apabila stok bekalan ubat kembali normal.

Dua hari lalu, seorang pemilik Facebook, Syafarizal Sharif berkongsi petikan perbualannya dengan pegawai farmasi HKL yang didakwanya bersikap tidak profesional hingga mencetuskan rasa tidak puas hati berhubung layanan yang sewajarnya bagi mendapatkan bekalan ubat.

Isu itu mendapat liputan luas hingga ramai pembaca marah dengan sikap pegawai farmasi itu.

BACA : Dilarang keras simpan 10 barang ini dalam kereta
Guru Besar kesal tak luluskan cuti cikgu, isteri meninggal ketika lahir anak pertama tanpa suami disisi
3 bulan gaji pemain tak dibayar, sekali TMJ hantar whatsapp kepada Presiden Melaka United

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)