Norhizam, Effandi tiada dalam senarai calon PRN Melaka

Norhizam dan Noor Effandi tidak disenaraikan dalam senarai nama calon yang akan bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Menurut laporan Malaysiagazette, Bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Udang dan bekas ADUN Pantai Kundor, Datuk Nor Azman Hassan sah menyertai parti komponen Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Negeri itu nanti.

Norhizam, Effandi tiada dalam senarai calon PRN Melaka

Idris Haron dan Nor Azman

Sebelum ini kedua-dua bekas ADUN itu dipecat dari UMNO dan kini akan mewakili PKR dan Parti Amanah Negara (Amanah).

Idris akan bertanding di DUN Asahan manakala Nor Azman akan mempertahankan kerusi yang dimenangi di bawah UMNO pada Pilihan Raya Umum ke-14.

Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan nama kedua mereka pada majlis memperkenalkan calon PKR dan Amanah secara langsung di laman Facebook petang ini yang turut dihadiri Presiden Amanah, Mohamad Sabu.

Anwar turut mengumumkan 28 kerusi yang ditandingi PH pada PRN Melaka yang melibatkan pembahagian untuk DAP sebanyak lapan, Amanah (sembilan) dan PKR (11).

BACA JUGA : Terkini !!! SOP tular tak boleh masuk Melaka disahkan palsu oleh MKN
Jika bertembung Umno dengan PN, Pas akan pilih PN – Hadi

CATEGORIES