Nikah kontrak di Arab Saudi makin meningkat

Nikah kontrak di Arab Saudi makin meningkat.Arab Saudi dilaporkan berdepan peningkatan kes perkahwinan misyar mirip nikah mut’ah dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini.

Kaedah kahwin misyar ini menjadi pilihan kepada lelaki yang mahukan lebih daripada seorang isteri, namun mengelak tanggungjawab seorang suami seperti menyediakan tempat tinggal dan membayar nafkah.

Perkahwinan tersebut adalah lebih kepada memenuhi tuntutan batin.

Di negara itu, nikah misyar membolehkan suami isteri tinggal berasingan dan kaum wanita tidak boleh menuntut apa-apa hak seperti dalam perkahwinan tradisional.

nikah kontrak

Seorang ahli farmasi di Riyadh berkata, dia mula mencari calon isteri misyar selepas menghantar isteri dan anaknya pulang ke Kaherah tahun lalu akibat Covid-19.

“Sementara saya dan isteri berjauhan, saya mengambil peluang mencari isteri menggunakan kaedah nikah misyar di Riyadh menerusi agensi cari jodoh online,” katanya.

Rakyat Arab Saudi dan pekerja ekspatriat dilihat antara golongan paling kerap melayari laman web mencari isteri misyar secara online.

Menurut laporan akhbar Al-Watan pada 2018, pernikahan misyar biasanya hanya bertahan dalam tempoh 14 hingga 60 hari dan sering berakhir dengan perceraian.

Ia juga dilihat sebagai alternatif buat golongan wanita untuk menamatkan zaman anak dara tua atau janda dengan segera.

Dalam rencana terbitan akhbar Saudi Gazette pada 2019, kolumnis Tariq Al-Maeena menggambarkan nikah misyar sebagai lesen untuk mempunyai ramai isteri tanpa banyak tanggungjawab atau perbelanjaan.

“Laporan media Saudi telah membicarakan kebimbangan yang semakin meningkat mengenai jumlah anak dimiliki lelaki Arab Saudi menerusi pernikahan misyar ketika bertugas di luar negeri ,” tulisnya.

Sebilangan wanita yang bergelar isteri misyar terpaksa membuka kes mahkamah terhadap lelaki Saudi yang enggan mengiktiraf anak yang dilahirkan dalam perkahwinan jenis ini.

Ulama Arab Saudi mengatakan, amalan nikah misyar ini wujud sejak 1996, apabila mufti besar ketika itu mengesahkan pelaksanaannya.

Berita penuh : https://www.kosmo.com.my/2021/07/05/nikah-kontrak-arab-saudi-meningkat-semasa-pandemik/

Jika Anda Terlepas: Tunggu PRU kalau nak jadi PM, tegur MP Pas

CATEGORIES