'Ni majlis kahwin ke disko?' Netizen terkejut suasana ni berlaku di Malaysia

‘Ni majlis kahwin ke disko?’ Netizen terkejut suasana ni berlaku di Malaysia

‘Ni majlis kahwin ke disko?’ Netizen terkejut suasana ni berlaku di Malaysia. PEPATAH mengatakan perkahwinan atau berumah tangga itu umpama mendirikan masjid.

Kebiasaannya, selesai pernikahan akan disusuli pula dengan majlis perkahwinan sama ada secara sederhana mahupun besar-besaran mengikut kemampuan dan tema masing-masing.

Namun, sedikit luar biasa apabila sebuah majlis perkahwinan disambut dengan gilang gemilang tak ubah seperti kelab malam!

Menerusi video tular, sepasang pengantin berarak masuk ke dalam dewan, yang perempuannya kelihatan anggun dalam persalinan busana kebaya moden dan berhijab serta sut kelabu bagi lelaki.

Kedua-dua mempelai yang berpegang tangan kemudian dapat dilihat secara agresif menggoyangkan badan mereka mengikut lagu rancak berentak disko yang dipasang.

'Ni majlis kahwin ke disko?' Netizen terkejut suasana ni berlaku di Malaysia'Ni majlis kahwin ke disko?' Netizen terkejut suasana ni berlaku di Malaysia

Kelihatan juga seorang lelaki yang memainkan peranan seperti DJ di kelab, sedang memutar piring hitam tanpa henti.

majlis kahwin jadi disko 4

Di tengah-tengah dewan pula menyaksikan sekumpulan lelaki berkemeja dan wanita yang berhijab sedondon dipercayai pengiring kedua-dua pengantin asyik menari bersama.

Video berdurasi 33 saat yang kini meraih 1.6 juta tontonan di TikTok itu turut menyaksikan pasangan pengantin menari dikelilingi semua pengiring menari, seperti sedang berpesta.

Selain muzik disko, kepulan asap turut dilihat memberi kesan kepada pesta yang sedang berlangsung dengan aksi tarian masing-masing menghentak kaki dan ‘mencucuk langit’.

Majlis perkahwinan ala disko itu bagaimanapun difahamkan berlaku di Karawang di Jawa Barat, Indonesia.

@ohbulanofficial Majlis kahwin ala-ala disco, pasangan pengantin yang menari rancak, para tetamu yang hadir juga dilihat bersemangat menari mengikut rentak! 😮 #ohbulan #fyp #viral #trendingnewsmalaysia ♬ Narco – Blasterjaxx & Timmy Trumpet

Allah, kahwin itu kita bina masjid. Kenapa perlu ada macam ni?
NETIZEN

“Wedding entrance anti-mainstream? Yes please! Gaya muzik yang anda pilih untuk mengiringi anda dan pasangan ke pelamin mestilah paling sesuai dan biasanya menggambarkan watak anda berdua,” menurut keterangan video yang dikongsikan.

Video yang dimuat naik oleh DJ perkahwinan Indonesia dan penata muzik majlis pernikahan sejak 2013 itu menimbulkan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.

“Berkenalan di disko ke?

“Mesti kes cinta pandang pertama di kelab malam.

“Awatlah dah jadi tempat disko pula.

“Allah, kahwin itu kita bina masjid. Kenapa perlu ada macam ni?

“Macam-macam sekarang kat dunia ni. Perkahwinan versi macam ni pun ada.

“Kenapa jadi begini ya? Majlis kahwin tu jadi disko. Doa yang baik-baik saja, moga kekal selamanya. Amin.

“Nampak dah siapa mereka di sebalik tudung,” demikian antara komen netizen.

BACA:

Tabung Haji beri keutamaan kepada jemaah tahun 2020

Netizen perasan muka Hael makin pelik, ‘dah macam pondan pun ada’

Lisa Surihani akui dah malas nak ‘make-up’ bila keluar rumah

CATEGORIES