‘Ni bilik sewa ke liang lahad?’, netizen persoal bilik sewa di KL harga RM300. Hidup di bandaraya tidaklah seindah dipikiran. Dengan ekonomi yang naik turun dan harga barangan yang tidak terkawal, ada didalam kalangan anak perantau yang terpaksa mengkat perut dan hidup dalam kedaifan di ibukota.
Terkini viral satu perkongsian seorang wanita di Twitter berkenaan harga sebuah bilik sewa di Cheras yang tidak masuk akal jika difikirkan.
“Selamat pagi kecuali owner rumah dekat Kuala Lumpur (KL) yang sewa bilik macam ni,” tulisnya pada kapsyen.
Gambar yang dikongsikan menunjukkan sebuah bilik yang sempit hanya mampu memuatkan sebuah tilam kecil (single) dan sebuah kipas dinding yang disewakan pada harga RM300 sebulan.
Turut kelihatan juga satu plug elektrik yang diberikan disebelah tilam.
“Kononnya terpaling dekat dengan LRT, Pavilion, KLCC view mak nyah dia,” tulis wanita itu lagi.
Beberapa individu juga berkongsi kisah mereka diruangan komen pabila hampir menyewa di bilik sewa berkenaan.
Menurut pelayar Twitter dikenali sebagai @AcikAziz1, dia menyewa seramai empat orang di bilik berkenaan dengan harga lebih RM400 pada tahun 2014.
Kalau jenis yang selalu lupa akhirat boleh la duduk sini… ingatkan kita kepada alam barzakh.
NETIZEN
“Murah! 2014 pernah sewa bilik saiz lebih kurang macam ni harga RM400 lebih, kongsi empat orang, ada tiga team. Kat Taman Maluri. Zaman-zaman kolej dulu.
“Kami panggil bilik neraka. Seksanya perjuangan nak dapat sekeping skrol. Masa gradusi bila ingat balik, kami semua nangis atas pentas,” tulisnya.
Ada juga netizen yang ‘menggeleng kepala’ pabila melihat keadaan bilik itu hingga ada yang menyamakan bilik itu seperti bilik mayat dan bersaiz liang lahad kubur.
“Ini macam bilik sewa dekat Seoul, Korea tapi dekat sana rumah sewa memang mahal. Tuan rumah ni memang ambil kesempatan betul.
“Mahu sesak nafas kau kak duduk dalam bilik kecil tak bertingkap macam tu. Cari tempat lain la. Ada yang lagi baik. Pemilik tu pun nak kaut untung agak-agak la.
“Kalau jenis yang selalu lupa akhirat boleh lah duduk sini. Mengingatkan kita kepada alam barzakh terus.
“Saya pernah sewa bilik macam ni. RM250, terdesak wei.
“Ni bukan bilik sewa, ni bilik mayat,” tulis beberapa netizen.
BACA:
CEO Batu dikecam selamba ‘ejek’ orang Jepun ketika makan shushi
‘Sebijik ikut content Ryan, dengan lagu samanya’, pemuda dikecam tiru idea