Netizen tak dapat tahan air mata lihat rakaman terakhir adik Aming ini

Netizen

Netizen tak dapat tahan air mata lihat rakaman terakhir adik Aming ini. Kata-kata terakhir arwah adik Muhammad Aming melalui sebuah video yang tular baru-baru ini di sosial media telah mengundang rasa sebak orang ramai.

Berdasarkan sebuah video berdurasi tiga minit yang dikongsi oleh @yusof.jalil di laman sosial TikTok, kelihatan arwah adik Aming berterima kasih pada ibu bapanya kerana sudah memberi kehidupan yang sempurna sambil teresak-esak.

“Aming mahu buat video khas untuk mama (ibu) dan papa (bapa) Aming, Aming mahu berterima kasih kepada kedua orang tua Aming kerana telah memberi kebahagiaan walaupun hidup dalam keadaan yang serderhana.

“Aming mahu berterima kasih pada mama yang sudah mengandungkan Aming sembilan bulan, melahirkan Aming dan membesarkan Aming, papa pula kerja walau hujan dan sakit demi untuk menjaga Aming.

Netizen

“Mereka tetap berusaha untuk membesarkan Aming, mereka carikan Aming duit inilah pergorbanan orang tua Aming, Aming berdoa dipanjangkan umur supaya dapat membalas kebaikan orang tua Aming,” katanya di dalam video itu.

@yusof.jalilPart 3. Al-Fatihah buat adik Aming.. Syurga buat mu ADIK AMING. anak yg baik, soleh, cerdik dan bijak😭 ##aming ##fypシ♬ Tuhan Jagakan Dia – Motif Band

Perkongsian tersebut mendapat pelbagai reaksi sedih orang ramai apabila kata-kata Aming ingin membalas jasa ibu bapanya tidak kesampaian kerana adik Aming menghembuskan nafas terakhir selepas mengalami sesak nafas kira-kira pukul 1.30 pagi semalam.

“Alfatihah syurga tempat mu ya anak syurga, inshallah Aming dah pun balas segala jasa kebaikan mereka” tulis FitriFauzius.

“Sedih betul sampai menitis air mata saya bila tengok video ini” jelas RazallyZally.

@yusof.jalilPart2. Video Arwah Adik Aming yg buat org ramai sebak.. Al-Fatihah buat adik Aming.. Syurga buat mu ADIK AMING. ##aming♬ Allah Allah Aghisna – Veve Zulfikar

“Ikhlas betul air mata yag mengalir di pipi Aming itu, besar pengorbanan ibu bapa Aming didik dia menjadi anak yang soleh,” ujar NorLehayusoff.

Dalam video itu, Aming sempat menitipkan pesanan buat orang ramai supaya menghargai dan membalas jasa ibu bapa pada sesiapa yang masih mempunyainya. Sehingga kini perkongsian tersebut meraih lebih daripada lebih lima ribu tanda suka di laman sosial TikTok miliknya

Berita Penuh : https://www.kosmo.com.my/2021/08/27/rakaman-terakhir-adik-aming-undang-rasa-sebak/

BACA: Panas !!! 2 pemimpin Pas gugur dari kabinet

COMMENTS

Wordpress (0)