Netizen sanggah alasan Menteri

Netizen sanggah alasan Menteri pertahan operasi pemberi pinjam wang berlesen

Netizen sanggah alasan Menteri pertahan operasi pemberi pinjam wang berlesen

Berita di bawah menceritakan usaha menteri mempertahankan keputusan membenarkan pemberi pinjaman berlesen beroperasi semasa PKP. Dia kata tujuannya adalah untuk elak orang pergi pinjam dari along yang tidak berlesen.

Netizen sanggah alasan Menteri

Bagi saya ini macam kita bagitahu orang Islam supaya beli arak dari kedai yang jual minuman keras yang berlesen agar mereka elak dari membeli minuman keras dari kedai yang tidak berlesen.
Menteri kena sedar bahawa:

1. Punca kesengsaraan orang adalah masalah kewangan

2. Kesengsaraan adalah paling tinggi di kalangan yang paling banyak hutang.

3. Peningkatan kes bunuh diri akibat masalah kewangan adalah bukti masalah ini adalah serius .

4. Penyelesaian Islam adalah jelas iaitu 1) bagi masa mereka yang berhutang utk selesaikan hutang (yakni moratorium hutang) 2) maafkan hutang.

5. Menggalakkan orang utk tambah hutang berbentuk Riba adalah bertentangan dengan lojik aqal dan juga ajaran agama. Sama ada pinjam dari bank atau dari along berlesen atau tidak berlesen, semuanya adalah haram dan mengundang masalah dalam jangka panjang.

6. Masalah adalah lebih teruk kerana institusi along (termasuk yg berlesen) terkenal dengan kadar bunga yang tinggi dan berbentuk memeras.

7. Langkah yg menteri lakukan bukan sahaja tidak menyelesaikan masalah bahkan akan membuat masalah menjadi bertambah teruk.

8. Ia seolah seperti menjemput singa di Afrika untuk memberi bantuan makanan kepada rusa yang sedang kelaparan.

Sumber:

JANGAN TERLEPAS:Peniaga dedah bantuan diumum PM ‘indah khabar dari rupa’

CATEGORIES