Netizen pertikai lantikan Hadi semasa Covid-19 masih belum berkesudahan

Netizen hari ni mula mempertikaikan perlantikan serta merta Abdul Hadi Awang sebagai duta khas PM bertaraf menteri ke Timur Tengah di saat kerajaan masih bergelut dengan Covid-19 dan kesan ekonomi yang bakal dihadapi kerajaan selepas ini.

Setelah sumber pendapatan negara seperti minyak terjejas teruk kerana harga minyak dunia yang jatuh menjunam, ditambah Covid-19 yang menjejaskan pelbagai aktiviti ekonomi dunia.

Bertambah teruk, selepas langkah Sheraton pembentukan kabinet Muhyiddin yang dianggap terlalu besar merupakan satu pembaziran kepada sumber kewangan negara. Pertambahan jawatan bertaraf menteri ini sudah tentu menambahkan lagi beban kewangan kepada negara.

Dua perkara yang menjadi persoalan netizen buat masa ini iaitu :

Pertama, Lantikan serta merta. Bila nak bertugas kalau kebanyakkan kapal terbang tak bergerak. Lockdown ni silap-silap sampai 31 Mei 2020. Paling kurang dua bulan duduk di rumah. Jadi dalam dua bulan tu makan gaji buta. Berapa banyak dah kerajaan rugi. Dah la kerajaan ada dua timbalan menteri dan timbalan menteri yang tidak berfungsi.

Kedua, dah jadi MP lepas tu duduk di luar negara. Inilah gaya kerajaan yang tidak bertanggungjawab. Dulu BN buat dengan melantik Jamuluddin Jarjis dan sekarang Hadi Awang. Bilakah negara kita boleh memiliki kerajaan berintegriti?

COMMENTS

Wordpress (0)