Netizen kagum tengok ustazah cantik ni ikat bata, buat rumah sendiri

Netizen kagum tengok ustazah cantik ni ikat bata, buat rumah sendiri

Netizen kagum tengok ustazah cantik ni ikat bata, buat rumah sendiri. Kerja-kerja buruh di tapak pembinaan dan bertukang sering kali dikaitkan dengan pekerjaan yang diceburi oleh golongan lelaki.

Namun, baru-baru ini tular di platform aplikasi TikTok menunjukkan seorang wanita yang giat bertukang dan mengikat bata, untuk membina rumahnya sendiri. Auni Hazwani Faizun, 30 tahun merupakan seorang ustazah yang gemar melakukan aktiviti lasak dan mempunyai minat yang sangat mendalam dalam dunia pertukangan.

Menerusi video yang dimuat naik di akaun TikToknya, wanita berkelulusan diploma dakwah dan pengurusan ini berkongsi kemahirannya untuk mengikat bata, membancuh simen dan pelbagai lagi teknik-teknik membina rumah yang sempurna.

Menurutnya, dek kerana tidak mampu untuk membayar upah tukang bina, dia kemudian tekad untuk menyiapkan sendiri rumahnya secara perlahan-perlahan. Katanya, dia mengambil masa selama tiga hari untuk menaikkan semua bata bagi menyiapkan dinding dapur.

“Alhamdulillah, 3 hari settle dinding dapur. Pagi, petang, malam bancuh simen, ikat bata.”

Netizen kagum tengok ustazah cantik ni ikat bata, buat rumah sendiri

Selain itu, kebolehannya mengikat bata dengan kemas dan teratur seakan pekerja profesional juga telah menarik perhatian warga TikTok kerana perkara tersebut sukar untuk dilakukan.

Perkongsian tersebut nyata menarik minat para pengikutnya apabila memintanya untuk berkongsi cara-cara membuat acuan simen kayu yang digunakan di dalam video tersebut.

Kemahiran pertukangan kayu yang cekap membuatkan ramai orang terpegun dengan ketangkasannya menggunakan alatan pertukangan yang canggih.

Berbekalkan alatan yang lengkap yang dikumpul sejak 7 tahun lepas, kini dia mampu memiliki bengkel mini yang memudahkan kerja-kerja kayu dan pembinaan dilakukan.

Difahamkan, ustazah ini juga menjalankan perniagaan sampingan dengan menjual hasil kerja kayu menerusi media sosialnya.

Menerusi video yang dikongsikan, terdapat pelbagai reaksi dan komen yang diberikan oleh pengguna TikTok.

Rata-rata menyatakan bahawa mereka kagum dengan kebolehan luar biasa yang dimilikinya dan mendapat pujian kerana hasil kerja yang kemas.

 

BACA:

Ini cara buat mee goreng style mamak sebenar, tak payah pergi kedai dah

Netizen pelik makcik ni letak pam angin bawah meja jual ayam

‘Banglo’ mewah untuk kucing dibina hartawan Malaysia ini jadi perhatian

CATEGORIES