Netizen hina kerja Pak Guard, sekali pemuda ni tunjuk 'sesuatu' buat semua terkejut

Netizen hina kerja Pak Guard, sekali pemuda ni tunjuk ‘sesuatu’ buat semua terkejut

Netizen hina kerja Pak Guard, sekali pemuda ni tunjuk ‘sesuatu’ buat semua terkejut. Zaman sekarang, ramai yang bergelut untuk mencari pekerjaan tetap bagi menampung kos hidup yang semakin meningkat. Ada juga individu yang tidak memilih dengan pekerjaan yang dilakukan, asal ia Halal dan mencukupi.

Akur dan terpaksa melakukan pekerjaan yang ada, ramai anak muda yang berkerja sebagai tukang cuci, pengawai keselamatan dan pekerja lori sampah. Walaupun ia mulia, masih ada segelintir masyarakat yang memandang hina terhadap mereka.

Di laman TikTok, seorang pengguna hababi_tiktok_3k telah memuat naik sebuah video untuk berkongsi kisah sedih yang dialaminya setiap hari gara-gara berkerja sebagai pegawai keselamatan.

Mungkin tersempit atau atas beberapa faktor yang tidak dapat dijelaskan, dia hanya mampu bekerja sebagai pegawai keselamatan demi mencari rezeki. Walaupun pekerjaan yang dilakukan itu tidaklah semegah seperti mereka di luar sana, pendapatannya mampu menampung perbelanjaannya.

Netizen hina kerja Pak Guard, sekali pemuda ni tunjuk 'sesuatu' buat semua terkejut

Namun adakalanya dia perlu berjimat-cermat dan mengawal perbelanjaannya. Oleh itu, terpaksalah makan Maggi sekali-sekala kerana ia sangat murah berbanding makanan lain yang dijual.

Pekerjaannya juga telah menyebabkan dirinya dihina oleh orang-orang sekelilingnya. Tambahan pula dia hanya membawa dua keping RM5 dan beberapa RM1 dalam dompet.

Walaupun kesal dengan layanan orang ramai terhadap dirinya gara-gara pekerjaan yang dilakukan, sebenarnya mereka tidak tahu bahawa dia juga menyimpan wang yang berjumlah besar di biliknya.

@hanabi_tiktok_3k hmm nasib la kita kerja security je…gaji sikit je#fyp #orangpandanghinakita ♬ suara asli – meydarahma

BACA LAGI:

Menitis air mata Mizz Nina bila cerita soal ni, “first time tengok dia nangis macam ni”

‘Scammer’ munculkan diri, mengaku terima RM11,668 dalam akaun, tapi..

‘Siapa lelaki misteri yang buat kecoh ketika perbicaraan Najib ni?’

CATEGORIES