Netizen geram dengan Nabil persenda Raisa dalam live GV

Netizen geram dengan Nabil persenda Raisa dalam live GV

Netizen geram dengan Nabil persenda Raisa dalam live GV. Netizen menggesa pengacara Gegar Vaganza musim kesembilan GV9 Nabil Ahmad menghormati juri jemputan, Raisa dengan berhenti mengajuk penyanyi itu yang lebih selesa memberikan kritikan menggunakan bahasa Inggeris.

Menjengah gelanggang Twitter, ramai dalam kalangan pengguna platform media sosial tersebut melahirkan rasa tidak puas hati terhadap Nabil atau nama sebenarnya, Ahmad Nabil Ahmad yang gemar berseloroh berhubung perihal terbabit.

Bila Nabil ajuk Raisa cakap Inggeris, baru aku sedar benda ni berlaku di mana-mana sahaja.

“Dari budak-budak kecil di sekolah, universiti dan bahkan di tempat kerja pun atau dalam kalangan rakan-rakan dan famili, kalau ada yang jenis suka speaking, mesti ada yang suka ajuk macamlah benda itu pelik,” ujar seorang pengguna Twitter.

Netizen geram dengan Nabil persenda Raisa dalam live GV

Sementara itu, ramai netizen yang meminta Nabil menjaga adab mengendalikan program realiti nombor satu tanah air tersebut.

Ini Jawab Nabil

Pengacara Nabil Ahmad menganggap pihak yang mengecam cara gurauannya terhadap penyanyi Indonesia, Raisa pada konsert minggu kelapan Gegar Vaganza musim kesembilan malam tadi sebagai individu yang kurang faham konsep p.rogram hiburan.

Katanya, dia enggan melayan p.rovokasi sedemikian yang dilihat seperti sengaja mencari kes.alahan, sedangkan Raisa, wakil pengurusannya serta pihak produksi GV9 maklum itu hanya usikan.

Tegas Nabil, mereka yang faham tentang sesebuah program hiburan pasti sedar jenaka yang dilakukannya semalam bukan bertujuan mengejek.

Kalau saya rasa perbuatan itu menghina atau memalukan apatah lagi kepada tetamu, saya sendiri akan terus meminta maaf.

Mereka yang pandai k.ecam ini tahu ke proses sebelum sesebuah rancangan televisyen dirakamkan, lebih-lebih lagi siaran langsung seperti GV?.

“Semua peserta, hos, juri, kru dan selebriti undangan akan diberikan penerangan bagaimana p.rogram berjalan,” jelasnya.

Bukan mahu mendabik dada kata Nabil, tetapi sepanjang sembilan tahun mengendalikan GV, dia tiada pernah terniat mengenakan sesiapa.

“Kalau masih mahu kutuk saya terpulanglah. Mungkin mereka maksum sampai membodoh-b.odohkan orang.

“Itu bukan cara menegur, tapi bagi saya tak jadi k.udis pun sebab mereka tak tahu senario belakang tabir,” katanya.

Pada masa sama, pelawak yang juga pengarah dan penerbit itu memaklumkan Raisa tiada masalah bertemu dengannya selepas persembahan malam tadi.

Malah penyanyi popular itu turut muncul dalam program radio kendaliannya pagi tadi sebagai tetamu undangan.

Menurut Nabil, penyanyi yang ramah itu sudah diberikan taklimat berkenaan GV yang santai dan diselitkan humor bagi menghidupkan suasana sebelum siaran langsung dimulakan.

“Pagi tadi Raisa datang ke konti. Kami sempat bersembang sebelum dia dan pengurusannya pulang. Dia ada ucapkan terima kasih, begitu juga pengurusnya yang menzahirkan rasa gembira diundang ke rancangan televisyen dan radio,” katanya.

Tambah selebriti yang berpengalaman luas mengendalikan program secara langsung itu, setiap kali usai bekerja dia akan meminta maaf kepada mereka yang bekerja dengannya, tidak terkecuali Raisa.

Nabil sekali gus secara s.inis menyatakan antara dia dengan penyanyi itu sudah selesai, tetapi bagaimana pula d.osa mereka yang berterusan meng.utuknya tanpa usul periksa.

Terdahulu t.indakan hos berusia 39 tahun itu mengajuk Raisa dengan menggunakan bahasa Inggeris mengundang rasa kurang senang dalam kalangan netizen hingga ada yang melabelnya sebagai b.iadab dan tidak profesional.

BACA:

Tiz Zaqyah dilihat beraksi di Kelab Malam, “dah biasa, dari dulu kaki clubbing” – netizen

Sanusi tekad eskport ketum jika PN menang

Mustapha Kamal jadi resah sebab anak gadis cantiknya

CATEGORIES