Netizen dakwa Amelia Henderson pakai rantai salib undang perhatian ramai

Baru-baru ini, pelakon Amelia Henderson telah menjadi pusat perhatian orang ramai berikutan kontroversi mengenai rantai yang dipakainya yang dikatakan mempunyai simbolik agama lain.

Amelia memakai rantai tersebut semasa menjalani sesi podcast bersama pelakon Aedy Ashraf.

Dalam video tersebut, netizen melihat rantai yang dipakai oleh Amelia seolah-olah menyerupai salib.

Netizen dakwa Amelia Henderson pakai rantai salib undang perhatian ramai

Komen-komen negatif membanjiri ruangan komen dengan kecaman terhadap tindakan Amelia memakai rantai tersebut.

Kerana isu ini mendapat perhatian meluas, beberapa warganet memuat naik gambar sebenar rantai tersebut untuk memberikan kejelasan. Selepas melihat gambar yang sebenar, ternyata rantai tersebut bukanlah salib tetapi mempunyai bentuk ballerina.

Baca Artikel Penuh