Netizen ‘cemburu’ tahu Dr Amalina boleh cuti bersalin setahun dengan gaji penuh

Netizen ‘cemburu’ tahu Dr Amalina boleh cuti bersalin setahun dengan gaji penuh. Sebelum ini, pernah dilaporkan bahawa Malaysia telah kehilangan kira-kira 500,000 rakyat berkemahiran tinggi dan berbakat dalam bidang profesional kerana mereka memilih untuk bekerja di luar negara sejak 40 tahun lalu.

Pastinya bukan mudah untuk mengambil keputusan bekerja di luar negara jika mereka tidak ditawarkan manfaat yang banyak.

Terbaharu, tular di media sosial tangkap layar Insta Story Dr Amalina Che Bakri yang sedang sarat mengandung di trimester ketiga berkata bahawa dirinya mungkin akan mengambil cuti bersalin selama 10 bulan.

Menerusi perkongsian Dr Amalina, dia boleh mengambil masa selama setahun untuk cuti bersalin dan mendapat gaji penuh untuk satu hingga 5 bulan. Tambahnya, setiap tempat kerja dan organisasi mempunyai polisi yang berbeza.

Perkongsian tersebut telah meraih perhatian orang ramai dan rata-rata netizen Malaysia mengatakan sudah mulai faham mengapa banyak rakyat berkemahiran tinggi dan berbakat dalam bidang profesional memilih untuk bekerja di luar negara.

Netizen 'cemburu' tahu Dr Amalina boleh cuti bersalin setahun dengan gaji penuh

Tidak hanya itu, segelintir netizen turut membandingkan dengan keadaan di Malaysia apabila menerima kritikan apabila mengambil cuti 2 bulan untuk cuti bersalin. Malah, para netizen mengatakan bahawa ada syarikat di Malaysia juga yang menawarkan cuti bersalin sehingga 5 bulan dengan gaji.

Justeru itu, rata-rata netizen mengatakan kesihatan dan kebajikan ibu yang ‘berperang’ melahirkan anak akan lebih baik jika diberi masa berehat secukupnya.

BACA:

Bantuan: Ini punca sebenar BKM tak masuk dalam akaun anda

Netizen kagum tengok ustazah cantik ni ikat bata, buat rumah sendiri

Ini cara buat mee goreng style mamak sebenar, tak payah pergi kedai dah