Nenek tua ditangkap khalwat bersama suami orang, sekali cerita lain pula yang terdedah.
Satu rakaman video tular di media sosial menunjukkan seorang isteri menangkap suaminya ketika menjalin hubungan sulit dengan seorang wanita tua
tetapi dia sebenarnya merupakan pasangan lelaki berkenaan yang sah, lapor portal berita Pikiran Rakyat hari ini.
Rakaman video mengenainya disiarkan dalam akaun TikTok, @Layla_magnoon dan wanita tua tersebut menggunakan bahasa Jawa ketika berbicara.
Si isteri itu dikenali sebagai Layla mengetahui hubungan suaminya dengan wanita tua tersebut setelah mendapatkan maklumat mengenai mereka berdua melalui telefon bimbit lelaki berkenaan.
@laylamagnoon #stitch dengan @Pelatihbuaya ♬ suara asli – layla olshoop
Si isteri menyangka wanita tua itu adalah kekasih gelap suaminya.
Ketika kejadian, wanita tua itu pula tidak tahu bahawa wanita muda yang datang ialah madunya.
Pertengkaran berlaku antara wanita muda dengan perempuan tua tersebut sehingga akhirnya status sebenar mereka terbongkar.
Bagaimanapun, kata Layla, dia hairan kerana suaminya memilih wanita tua sebagai isteri kedua
BACA:
Jual RM2.10 je? Tapi macam mana kedai paling puaka dalam Malaysia ini buat duit yang ramai tak tahu