Nenek akui dah 20 tahun guna besi ketuk kacang lada hitam rupanya bom tangan

Oleh SHUHADA BUSTAMAN

Kira-kira 20 tahun lalu, seorang warga emas bernama Qin berasal dari Xiangyang, Huibei, China telah menjumpai sebatang besi pendek

ketika sedang bertani di kebun miliknya. Tidak mencurigai apa-apa, dia terus membawa pulang objek berkenaan ke rumah lalu dijadikan alat penukul dalam rutin sehari-hari.

Besi buruk yang dijadikan penukul rupanya alatan perang

Siapa menduga, rupanya besi buruk itu merupakan peralatan perang berupa bom tangan. Selain menumbuk cili kering,

Qin juga kerap menggunakan besi berkenaan untuk memecahkan kacang walnut mahupun lada hitam

Nenek akui dah 20 tahun guna besi ketuk kacang lada hitam rupanya bom tangan

. Bahkan, ada kalanya dia akan mengetuk paku dengan besi tersebut.

20 Tahun Nenek Gunakan Besi Untuk Ketuk Kacang & Lada Hitam, Rupanya Bom Tangan

Bom tersebut mempunyai struktur kayu pada bahagian pemegang & kepala besi

Bom tangan dijumpai ketika kerja-kerja merobohkan rumah Qin dibuat

Selama 2 dekad, objek tersebut digunakan untuk pelbagai tujuan dan ajaibnya ia tidak pernah meledak sama sekali.

Sampailah pada 23 Jun lalu, beberapa pekerja yang sedang melakukan proses perobohan rumah Qin tiba-tiba ternampak besi aneh berkenaan sebelum ia dicam sebagai bom tangan.

20 Tahun Nenek Gunakan Besi Untuk Ketuk Kacang & Lada Hitam, Rupanya Bom Tangan

Keadaan luaran bom tangan sudah mula ‘teruk’

Setelah menerima laporan, pihak polis dan Unit Pengesan Bom bergegas ke sana untuk membawa objek berkenaan keluar.

Difahamkan, kayu pemegang bom berkenaan sudah menjadi licin dan bahagian kepalanya mempunyai lubang ekoran kesan ketukan selama bertahun-tahun.

Malahan, bahagian fius (sumbu) juga sudah terdedah. Selesai dikenalpasti, bom tangan jenis domestik Type 67 yang mempunyai penutup besi itu telah selamat dilupuskan oleh golongan profesional.

Baca :