Negara mula dilanda pemimpin mabuk kuasa

Negara mula dilanda pemimpin mabuk kuasa

”(Prophet!) by your (holy) life and by your true faith these (your opponents) are (also) wandering distractedly in a fit of frenzy”

Ketika para malaikat yang datang kepada Nabi Lut a.s atas wajah manusia; kaum Lut menyerbu baginda dengan wajah bernafsu untuk mengganggu tetamu tersebut.

Mereka juga marah kepada baginda kerana cuba melindungi tetamu tersebut.

Nabi Lut a.s mengingatkan kaumnya agar berkahwinlah dengan gadis-gadis tempatan yang sesuai dengan mereka. Jangan cuma memalukan baginda a.s.

Namun manusia apabila telah dikuasai nafsu, mereka lupa segalanya, hilang rasa malu dan mereka bagaikan dalam keadaan mabuk.

Lalu Allah S.W.T berfirman menerangkan hal ini kepada Nabi S.A.W:

لَعَمۡرُكَ إِنَّهُمۡ لَفِى سَكۡرَتِهِمۡ يَعۡمَهُونَ

“Demi umurmu (kehidupan Nabi Muhammad), sesungguhnya, mereka terombang-ambing dalam kemabukan (kesesatan).” (Al-Hijr 72)

Ayuh! Sebelum jauh terlajak; saya merayu para pemimpin negara untuk kembali kepada Allah S.W.T; hentikan penipuan, ugutan kepada rakyat dan kembalikanlah urusan negara kepada mereka yang berusaha untuk membetulkan negara.

HASANUDDIN MOHD YUNUS
Hulu Langat

Sumber :