Neelofa buat trend ini pula dengan suami, netizen perasan sesuatu pada mata..

Neelofa buat trend ini pula dengan suami, netizen perasan sesuatu pada mata. Sebut sahaja nama selebriti dan usahawan terkenal ini, Neelofa atau Noor Neelofa Mohd Noor tentu ramai yang mengenalinya. Dia juga merupakan saIah seorang selebriti wanita yang sentiasa menjadi tumpuan di media sosial.

Meskipun dikagumi ramai dengan kejayaannya namun dia juga tidak dapat lari daripada menerima kec4man ramai. Pun begitu, Neelofa tetap mempunyai ramai peminat yang suka mengikuti perkembangannya apatah lagi bersama suami, Haris Ismail dan anaknya yang diberi nama Muhammad Bilal.

Terbaharu, satu muat naik Neelofa di akaun platform TikT0k miliknya yang kini mempunyai lebih 450,000 pengikut menjadi perhatian ramai apabila dia akhirnya mengikuti satu trend yang sejak akhir-akhir ini menarik tumpuan ramai pengguna platform tersebut. Neelofa yang berharap dia tidak terlepas daripada mengikuti trend itu, dia tampil menghasilkan video dengan suaminya.

Seperti biasa, video Neelofa dengan pantas masuk keruangan fyp atau for your page di platform tersebut dan membuatkan dia berhasil menerima lebih 60,000 tanda suka selepas beberapa jam dikongsikan. Namun begitu selain gelagat pasangan suami isteri ini mencuit hati peminat, ‘eyebag’ Neelofa juga menjadi tumpuan.

Muat naik Neelofa dengan disertakan kapsyen, “Jangan cakap i dah terlepas trend eh,” itu membuatkan rata-rata peminat juga tertanya-tanya tentang bawah matanya dan dia juga menjawabnya di ruangan komen.

Neelofa buat trend ini pula dengan suami, netizen perasan sesuatu pada mata..

“Tak cukup tidur”

“Bawah mata Neelofa…”

“Lofa dah masuk…”

“Bila dah jadi mak mak…”

@neelofaJangan cakap i dah terlepas trend ehhh 😂

♬ original sound – neelofa

BACA:

MYAirline kini beroperasi sebagai syarikat penerbangan tambang rendah

“Takpe kot ludah atas pentas, janji tak pukul isteri”, netizen perli Awie semula

Ini bukti layanan ‘double standard’ Mat Saleh dan Mat Nepal oleh rakyat Malaysia