NASA rancang tembak nuklear untuk letupkan asteroid menuju ke bumi

NASA rancang tembak nuklear untuk letupkan asteroid menuju ke bumi.Asteroid fiksyen 100 meter dikenali dengan PDC 2021 tidak dapat dikesan sehingga enam bulan sebelum ianya melanda bumi. Disebabkan oleh jangka masa yang lama tersebut, NASA tidak cukup masa untuk menghantar kapal angkasa bagi menarik astroid ini.

Pada setiap dua tahun sekali, Pusat Kajian Objek Jarak Dekat Bumi NASA telah membuat kajian di Makmal Pendorong Jet di California. Menurut Daily Mail, kajian ini dibuat berkaitan simulasi terhadap kesan asteroid.

Baru-baru ini, Pentadbiran Angkasa Lepas dan Aeronautik Kebangsaan (NASA) telah membuat perancangan untuk membuat tembakan nuklear pada asteroid kecil di laluan pelanggaran dengan bumi. Tembakan ini telah meyakinkan Nasa sebanyak 99% untuk menghalang serangan batu angkasa itu daripada ‘terkena’ planet ini.

NASA

Johns Hopskins University di Baltimore, Maryland mendapati bahawa permukaan asteroid tersebut akan dapat diletupkan oleh megaton nuke tanpa meninggalkan ribuan serpihan besar yang menuju ke bumi.

“Sekiranya kita menggunakan teknik serangan nuklear yang kuat iaitu sekurang-kurangnya sebulan sebelum hentaman, kita dapat mencegah 99 peratus atau lebih jisim asteroid yang menyerang bumi.” kata Patrick King yang merupakan penulis utama kajian ini.

Idea tembakan nuklear ini pernah ditunjukkan dalam filem Hollywood yang sangat terkenal pada tahun 1998 yang bertajuk Armageddon. Lakonan yang dibuat oleh Bruce Wills dan beberapa kru angkasa lepas telah dihantar dengan misi untuk menghancurkan asteroid raksasa.

Menurut pasukan penyelidik Johns Hopskins University, mereka percaya bahawa tindakan tersebut sudah cukup dengan sekadar melepaskan tembakan ke arah astroid dari tanah sahaja. Tidak seharusnya mengikut tindakan yang dilakukan seperti di dalam filem tersebut.

BACA: Untuk menang PRU, Najib seru ahli Umno jangan menunjukan kemewahan yang dimiliki

COMMENTS

Wordpress (1)
  • comment-avatar

    […] BACA JUGA : NASA rancang tembak nuklear untuk letupkan asteroid menuju ke bumi […]