Nampak seperti tembikai biasa tapi harga melebihi RM25000, ini sebab harganya mahal

Sebut sahaja buah tembikai, pasti ramai di kalangan kita yang suka makan buah ini, bukan? Buah tembikai yang dijual di pasaran

biasanya boleh dibeli dengan harga sekitar belasan hingga puluhan ringgit bagi sebiji tembikai, dan mungkin berbeza sedikit mengikut saiz, gred, dan lokasi.

Namun begitu, tahukah anda bahawa terdapat satu jenis buah tembikai yang harganya pernah dijual pada harga melebihi RM25,000?

Nampak seperti tembikai biasa tapi harga melebihi RM25000, ini sebab harganya mahal

Di negara Jepun terdapat satu buah tembikai dalam kategori ‘rare’ atau jarang didapati di dunia, dan ianya pernah dijual dengan harga 750,000 yen (RM25,121) sebiji pada tahun 2019.

Buah tembikai jenis Densuke ini merupakan yang paling mahal berbanding tembikai-tembikai lain yang terdapat di dunia ini, dan penghasilan buah tembikai Densuke ini dikatakan kurang daripada 100 biji dalam setahun.

Baca Artikel Penuh