Najib

Nama dipetik dalam minit sulit Pas, ini respon Najib

Nama dipetik dalam minit sulit Pas, ini respon Najib.Datuk Seri Najib Tun Razak yang namanya antara disebut dalam minit sulit ‘perancangan politik’ Pas yang tular, tampil memberi respons.

Dalam hantaran di akaun facebook petang ini, bekas Perdana Menteri itu berkata ianya sangat mengecewakan.

“Sekiranya sahih, ianya sangat mengecewakan.

“Sakit hati saya,” katanya sambil berkongsi hantaran asal dari akaun Tan Sri Shahrir Abdul Samad.

Terdahulu tular hari ini dokumen bertanda sulit yang didakwa strategi perancangan politik Pas mendepani Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Dokumen itu antara lain memetik beberapa nama pemimpin politik termasuk antaranya presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi dan Najib.

Antara lain dokumen itu turut mendakwa ada cubaan dibuat agar Ahmad Zahid dan Najib Razak dipenjarakan segera.

TONTON :

BACA:

Puad Zakarshi akan dilantik speaker Dun Johor, mengadap Sultan Johor hari ini

Padah sambut birthday pekerja, majikan diarah bayar RM1.9 juta

Doktor sahkan Roslan Aziz hanya tinggal enam bulan lagi untuk hidup

CATEGORIES