Nama dikait dalam Kertas Pandora, akhirnya Zahid buka mulut

Zahid

Nama dikait dalam Kertas Pandora, akhirnya buka mulut.Ahli Parlimen Bagan Datuk, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memberitahu Dewan Rakyat pada Selasa bahawa wang pelaburan di China yang dikaitkan dengan akaun pesisir di British Virgin Island (BVI), seperti didedahkan dalam Pandora Papers, telah dibawa pulang ke tanah air.

Beliau menjelaskan tidak pernah lari daripada dikenakan cukai oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

“Sila rujuk handsard saya dan diharap Port Dickson (Datuk Seri Anwar Ibrahim) dan rakan-rakan, jangan ada buruk sangka terhadap saya kerana saya tidak akan melarikan cukai malah wang itu dibawa ke tanah air dan cukai dikenakan oleh LHDN jika ada ketika itu.

“Namun syarikat telah ditutup kerana kita telah memperoleh semula pelaburan yang dibuat di China dan dividen telah diberikan kepada pemegang saham.

“Pinjaman juga telah dibayar institut kewangan yang terbabit,” katanya pada sesi perbahasan Rang Undang-Undang Levi Keuntungan Luar Biasa (Pindaan) 2020.

Nama

Pandora Papers adalah dokumen yang dibocorkan daripada 14 penyedia perkhidmatan yang membantu individu menubuhkan entiti luar pesisir.

Berdasarkan pendedahan itu, dua individu dari Malaysia termasuk Ahmad Zahid didakwa antara 336 ahli politik yang memiliki akaun luar pesisir dan terdapat 118 syarikat luar pesisir dengan pemilik berasal dari Malaysia.

Pada masa sama, bekas Timbalan Perdana Menteri itu sekali lagi menegaskan bahawa perkara yang dikaitkan dengan dirinya itu berlaku ketika beliau belum terlibat dalam arena politik, dan bukan seorang ahli Parlimen.

Sementara itu, menjawab pertanyaan Sim Tze Tzin (PH-Bayan Baru) mengenai berapa lama Ahmad Zahid akan berada di Jerman untuk rawatan cakera intervertebra teralih (slipped disc) yang dihadapinya, beliau menjelaskan, mahkamah membenarkan untuk mendapatkan semula pasport dari 26 Oktober hingga 21 November ini.

“Maka, ketika pengundian bajet (Belanjawan 2022), saya minta maaf, tak dapat bersama tetapi yakinlah jiwa saya terus menyokong bajet yang akan dibentangkan,” katanya.

Berita Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/166495/BERITA/Nasional/Zahid-perjelas-isu-laporan-Pandora-Papers

BACA: Klip audio kritik Hadi : Perselisihan faham bukanlah satu krisis dalam Pas – Mursyidul Am

COMMENTS

Wordpress (0)