Tidak dapat dinafikan, media sosial merupakan ‘lubuk’ perniagaan atas talian, lebih-lebih lagi dalam era digital yang semakin maju.
Dengan rata-rata masyarakat memiliki telefon pintar, pelbagai urusan kini lebih mudah dilakukan secara maya, termasuk urusan jual beli dan perbankan.
Mana tidaknya, orang ramai tidak lagi perlu bersesak di kedai kerana barang boleh dibeli secara dalam talian dan dihantar terus ke rumah.
Bagaimanapun, tidak semua pengalaman membeli-belah dalam talian indah belaka.
Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok yang memaparkan seorang wanita warga emas teruja menerima periuk nasi yang dipesannya secara atas talian.
Dalam video yang dikongsi oleh pengguna TikTok @octoberr_7, wanita berkenaan dengan penuh semangat membuka bungkusan periuk yang dipesannya.
Namun, apabila dibuka, periuk itu bukanlah seperti yang diharapkan, sebaliknya hanya periuk mainan.
“Kesian makcik ni, semoga makcik jangan sedih ya, kisahnya saya hantar barang rumah makcik dia teruja cakap periuk nasi dia dah sampai saya pun pelik.
.
@octoberr_7Kesian makcik ni , semoga makcik jangan sedih ya, kisahnya saya hantar barang rumah makcik dia excited cakap periuk nasi dia dah sampai saya pun pelik saya cakap la saya tak hantar periuk , lepas makcik ni unboxing periuk mainan rupanya.. sabar ya makcik..♬ оригинальный звук – King Khan👑
“Saya cakap la saya tak hantar periuk, lepas makcik ni unboxing periuk mainan rupanya. Sabar ya makcik,” kongsi pemilik video yang dipercayai seorang kurier.
Menjengah ke ruangan komen, video tersebut mendapat reaksi pelbagai, di mana terdapat warga maya yang berkongsi kisah sama yang pernah menimpa golongan berusia.
Selain itu, terdapat juga warga maya yang terhibur dengan situasi berkenaan, tetapi dalam masa yang sama bersimpati dengan nasib yang menimpa wanita itu.
Sebahagiannya juga memberikan tip ketika pembelian atas talian, termasuk ada yang ingin menghadiahkan periuk kepada wanita itu.
“Oh inilah periuk nasi yang live semalam tu harga RM6 je. tapi kena baca baik-baik. Dia tulis periuk nasi mainan.”
“Beli periuk nasi tefal yang colour putih tu, kerak tak melekat. Sesuai untuk yang tak suka membazir saki baki nasi.”
“Kesiannya Ya Allah mungkin makcik ni tak tahu kot periuk nasi mainan.”
“Mak aku, mak cik aku, abang ipar aku pun dah terkena. Sampai kami ni bergurau boleh buat main pondok-pondok nanti. Adoila. nilah masalahnya bila mak-mak yang tinggal di kampung dah pandai membeli guna COD.”