Nak elak jem teruk, ini senarai jadual perjalanan lebuhraya yang wajib anda tahu

Nak elak jem teruk, ini senarai jadual perjalanan lebuhraya yang wajib anda tahu.Ikuti jadual Cadangan Waktu Perjalanan Lebuhraya KL-Karak (KLK) dan Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT 1) sempena cuti Hari Raya Aidilfitri. Pandu berhati-hati di musim perayaan ini. Semoga selamat sampai ke destinasi.

Syarikat konsesi Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) dan Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT1), Anih Berhad pada Khamis meminta pengguna yang mahu pulang ke Pantai Timur mengikuti jadual cadangan waktu perjalanan sempena perayaan Tahun Baru Cina, Selasa ini yang dikeluarkan bagi mengelakkan berlaku kesesakan.

Pengurus Besar Kanannya, Radzimah Mohd Radzi berkata, ia kerana syarikat menjangkakan jumlah trafik yang agak tinggi memandangkan inilah kali pertama sejak dua tahun lalu masyarakat Cina di Malaysia dibenarkan untuk merentas negeri bagi menyambut perayaan tersebut bersama keluarga tercinta.

Menurutnya, cadangan itu bagi pengguna yang masuk ke Plaza Tol Gombak dari Kuala Lumpur atau Selangor dari 29 hingga 31 Januari ini.

Nak elak jem teruk, ini senarai jadual perjalanan lebuhraya yang wajib anda tahu

Katanya, bagi mereka yang menuju ke Pahang dan Terengganu, opsyen pertama waktu perjalanan adalah antara jam 5 hingga 9 pagi manakala opsyen kedua antara jam 5 petang hingga 8 malam.

“Untuk pengguna yang mahu ke Kelantan, pilihan pertama perjalanan adalah jam 11 pagi hingga 2 petang dan pilihan kedua pada jam 7 petang hingga 10 malam.

TONTON :

BACA: 

Hampir semua pekerja Maybank dinaikkan gaji sebanyak 10%

Aina Abdul dikecam peminat, “Tiket konsert mahal dah macam level Tokti”

CATEGORIES