Najib selamat tiba di mahkamah, bicara kes 1MDB pula

Najib selamat tiba di mahkamah, bicara kes 1MDB pula

Najib selamat tiba di mahkamah, bicara kes 1MDB pula. Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hadir di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur di sini pada jam 8.27 pagi.

Najib hadir menaiki kenderaan utiliti sukan (SUV) berwarna hitam bagi menghadapi perbicaraan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) pada Khamis.

Beliau menghadapi empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram melibatkan jumlah yang sama.

Najib selamat tiba di mahkamah, bicara kes 1MDB pula

Pada Selasa, Najib dihantar ke Penjara Kajang untuk menjalani hukuman penjara selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta ke atas Najib kerana menyeleweng dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta.

BACA JUGA:

Zahid panggil perjumpaan tergempar pemimpin Umno

Gambar penjara VIP disebar oleh orang dalam? Sekali rupanya..

Selepas kalah, peguam Najib kata Allah sahaja boleh beri keadilan sempurna

CATEGORIES