Zahid Hamidi tweet. Beliau menerima kunjungan Najib Razak dan berbincang untuk menghadapi PRU15 bersama. Katanya BN dah bersedia.
Najib Razak juga selepas itu post kat FB beliau, justifikasikan kenapa PRU15 perlu dilaksanakan.
Jumaat 5 Jun, baru keluar berita ni. Kes SRC Najib yang membabitkan RM42j akan diputuskan 28 Julai ni.
Maksudnya mulai hari ini Najib ada 50 hari lagi untuk selamatkan diri.
Kalau korang baca prosiding, korang akan dapat agak pertahanan Najib sangat rapuh. Hampir pasti beliau akan didakwa. Susah nak bertahan kalau dah 42j masuk dalam akaun dan beliau belanjakan semuanya dengan alasan “saya tak tahu duit tu dari mana”.
Apa akan jadi kalau Najib diputuskan bersalah?
Beliau akan dibacakan hukuman-hukuman yang dikenakan. Dua perkara yang pasti akan terjadi, beliau tak boleh lagi main FB (ya la dalam penjara mana boleh nak buat posting bagai).
Beliau juga akan digugurkan sebagai MP.
Bererti 112 yang menyokong TSMY sekarang tinggal 111.
Bagaimana cara untuk Najib selamatkan diri?
Mudah. BN perlu kembali menguasai negara sebelum 28 Julai.
Mereka perlu terus mendesak sehingga PRU berjaya dilaksanakan sebelum 28 Julai.
Selepas itu, barulah mereka boleh mengawal semula institusi kehakiman macam sebelum ini. Kes boleh digugurkan atau sabitan kesalahan tak absah atau macam-macam lagilah boleh dibuat untuk menafikan Najib didakwa.
Sebab itulah pergelutan politik PN sekarang ni memang ngeri.
TSMY perlukan UMNO untuk kekal jadi PM, atau at least untuk lepaskan pembentangan Belanjawan 2021.
UMNO pula bukan calang-calang politician nak serah sahaja sokongan tapi tak dapat apa-apa in return.
Tentu ada deal. Deal-nya mungkin gugurkan kes-kes Najib dan Zahid, sebab mereka berdua ialah kepala UMNO.
Tapi TSMY tersekat sebab beliau perlukan sokongan rakyat. Rakyat akan kuat menyokong beliau kalau Najib masuk penjara.
Cuma amat sukar untuk TSMY buat apa-apa move walaupun bola kat kaki beliau sekarang. Sebab beliau perlukan UMNO. Kita kena ingat tu. Bola milik TSMY, tapi gelanggang milik UMNO.
Ini baru satu senario kita dedahkan. Mahu tak mahu, 28 Julai akan tiba dan apa sahaja move mesti diselesaikan sebelum itu.
Selamat menonton bagaimana TSMY bergelut untuk kekal berkuasa dalam keadaan kakinya diikat dan lehernya terjerut.
Sumber: