Najib luah rasa kecewa…

Najib luah rasa kecewa. Najib Razak yang juga Bekas perdana menteri berkata dia sangat kecewa dengan keputusan Mahkamah Rayuan hari ini yang mengekalkan sabitan bersalahnya dalam kes salah guna kuasa, pecah amanah dan pengubahan wang haram dana SRC International Sdn Bhd

Beliau dipetik menyatakan sudah memberi arahan kepada pasukan peguam belanya untuk memfailkan rayuan ke Mahkamah Persekutuan secepat mungkin.

Dalam pada tu belaiu menegaskan kedudukannya sebagai orang Islam dan sebagai wakil rakyat di parlimen Pekan sekali lagi menegaskan bahawa dia tidak bersalah seperti yang dipertuduhkan.

“Pertama saya nak nyatakan bahawa saya amat kecewa dengan keputusan Mahkamah Rayuan berikutan keputusan itu.

Dalam satu sidang media secara dalam talian hari ini”Saya telah minta peguam untuk membuat rayuan ke Mahkamah Persekutuan dengan segera,” katanya pada .

Menurut laporan di siarkan dalam malaysiakini najib berkata Ia dibuat sejurus selepas tiga hakim Mahkamah Rayuan sepakat mengekalkan sabitan bersalah ke atas yang dibuat Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sebelum ini.

Najib

Dalam satu laporan menyebut Panel hakim terbabit yang dipengerusikan oleh hakim Abdul Karim Abdul Jalil sebulat suara mengekalkan hukuman yang ditetapkan ke atas Najib.

Menurut Beliau, persoalan pokok isunya itu ialah mengenai dana bernilai RM42 jua milik SRC yang dipindahkan ke peribadinya.

“Sebagai (orang) Islam saya nak nyatakan baha saya tidak tahu, minta, dan arahkan sesiapa untuk pindah RM42 juta ke akaun saya,” katanya.

Semasa prosiding Mahkamah secara hibrid pagi tadi , wajah Najib kelihatan tenang ketika keputusan dibacakan panel hakim .

Dua lagi hakim yang terlibat dalam mendengar permohonan tersebut ialah hakim Vazeer Alam Mydin Meera dan hakim Has Zanah Mehat.

Sebelum ini Najib juga pernah memohon untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 28 Julai tahun lepas yang mendapati dia bersalah atas satu pertuduhan salah guna jawatan sebagai perdana menteri, serta tiga lagi pertuduhan pecah amanah jenayah, dan tiga pertuduhan pengubahan wang haram melibatkan RM42 juta dana SRC.

BACA: Terkini !!! Najib didapati bersalah, hukuman penjara 12 tahun kekal

CATEGORIES