Najib gesa semua pihak beri masa kepada kerajaan baharu

Najib

Najib gesa semua pihak beri masa kepada kerajaan baharu. Nama bagi sebuah kerajaan itu tidak penting kerana penilaian sesebuah kerajaan itu dicerminkan melalui keberhasilannya.

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, keutamaan perlu diberi kepada keberhasilan yang akan menentukan reaksi dan penilaian rakyat pada akhirnya.

Kata beliau, ini berikutan rakyat mahukan keputusan pada akhirnya, maka kerana itu pencapaian harus diutamakan.

“Nama tak penting, pada saya yang lebih diutamakan inilah kerajaan baharu, kerajaan Persekutuan yang menentukan reaksi dan penilaian rakyat pada akhirnya. Bukan pada nama, tetapi kepada keberhasilan.

“Kerana itulah semasa saya mentadbir negara, saya utamakan pencapaian, yang makna kita mesti menunjukkan result. Ini yang rakyat mahu,” katanya kepada pemberita selepas pelepasan barang makanan dan keperluan untuk mangsa banjir di Yan, Kedah.

Najib

Menurut Najib, semua pihak perlu memberi masa kepada pentadbiran baharu menggubal strategi yang perlu dilaksanakan bagi mencapai objektif-objektif yang digariskan bagi menangani Covid-19, menguruskan ekonomi dan memupuk semangat kekitaan.

“Jika berdasarkan kepada ucapan sulung Perdana Menteri (Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob) nampaknya (Ismail Sabri) memahami akan perkara yang perlu diusahakan dan dilakukan oleh kerajaan,” katanya.

Tambah beliau, pendekatan dan strategi baharu juga perlu dicari bagi menggantikan strategi-strategi dan dasar-dasar lama yang tidak berhasil.

“Jika strategi lama tidak menampakkan result sekiranya diteruskan, maka tak boleh diharapkan peningkatan daripada keberhasilan.

“Ini yang rakyat harapkan berdasarkan komen-komen yang diteliti dalam media sosial,” katanya.

Berita Penuh : https://www.utusan.com.my/terkini/2021/08/semua-pihak-perlu-beri-masa-kepada-kerajaan-baharu-najib/

BACA: Wanita tak jadi putus hubungan bila teman lelaki ‘bank in’ 16 juta

Artikel ini disiarkan pada 25/08/2021

COMMENTS

Wordpress (0)