Najib bersalah : Pemimpin Pas setuju dengan keputusan mahkamah

Pas menyifatkan keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Tinggi hari ini berdasarkan fakta yang betul dan keadilan.

Naib Presiden Pas, Datuk Mohamad Amar Abdullah berkata, Pas menyambut baik keputusan ini dan tidak pernah menolak sebarang keputusan mahkamah.

“Sebarang keputusan yang dibuat mahkamah itu berasaskan kepada kebenaran dan asas-asas keadilan. Itulah yang paling penting,” kata beliau sebagaimana dilaporkan oleh Astro Awani.

Timbalan Menteri Besar Kelantan itu mengulas keputusan Mahkamah Tinggi hari ini yang mendapati Datuk Seri Najib Razak bersalah ke atas semua pertuduhan yang dikemukakan ke atas beliau berkaitan RM42 juta wang SRC International Sdn Bhd, anak syarikat 1MDB.

Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali membuat keputusan itu selepas berpuas hati pihak pembelaan gagal membuktikan kes melampaui keraguan munasabah.

“Selepas menimbangkan semua keterangan, saya mendapati pendakwaan berjaya membuktikan kesemua tujuh tuduhan pecah amanah, menyalahgunakan kedudukan dan pengubahan wang haram dana RM 42 juta milik SRC dihadapai tertuduh.

“Saya dengan ini mendapati tertuduh bersalah ke atas ketujuh-tujuh tuduhan,” kata Mohd Nazlan.

Berita penuh : https://malaysiadateline.com/pas-sambut-baik-keputusan-mahkamah-tinggi/