Naikkan harga topeng muka : Kerajaan PN UTURN lepas dikritik

Harga topeng muka RM2 sekeping yang diumumkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan dibincangkan semula supaya harganya diturunkan.

Menteri Kanan Ismail Sabri Yaakob berkata Perdana Menteri Muhyiddin Yassin meminta harga itu disemak semula supaya harga jualan diturunkan.

“Harga topeng muka yang diumumkan RM2 terlalu tinggi, jadi perdana menteri tidak setuju, esok kita akan bincang dalam mesyuarat pagi supaya KPDNHEP melihat semula, kita mahu diturunkan lebih lagi sehingga di paras di peringkat awal.

“Tidak ada sebab naikkan harga kerana kita setuju untuk hapuskan duti import pembelian topeng muka, esok kita akan putuskan harga baru tersebut,” katanya menerusi sidang media selepas mesyuarat harian menteri-menteri dan pihak terlibat dalam mendepani Covid-19 di Perdana Putra.

Adakah KPDNHEP naikkan harga topeng muka tanpa kelulusan kabinet? Terbukti langkah yang diambil kerajaan PN ini adalah untuk membebankan rakyat semata-mata sehingga mendapat kritikan ramai…