Walaupun memiliki pasangan yang sempurna di depan mata, masih ada yang tergamak mencari orang lain tanpa alasan yang munasabah.
Sama ada lelaki mahupun perempuan, jika sudah ada yang halal, bertanggungjawablah pada keluarga dan jangan sibuk mencari “yang kedua.”
Seorang wanita berkongsi pengalaman menyedihkan apabila sikap sabarnya tidak mengungkit
Tentang nafkah yang tidak diberikan oleh suami akhirnya membawa kepada kecurangan suaminya. Berikut adalah kisahnya:
“Saya dah berkahwin dan ada seorang anak. Baru-baru ini, suami saya kantoi ada perempuan lain.
Mereka siap ber’sayang-sayang’ dan ucap ‘I love you’.
Saya tanya apa kekurangan saya, dia kata tiada. Setiap hari saya bersiap cantik untuknya, tunggu dia di pintu bila dia pergi dan balik kerja. Makanan dan minuman sentiasa tersedia, layanan di bilik tidur pun saya jaga kecuali waktu uzur.
Saya mesej perempuan itu, dan dia mengaku hanya berkawan dengan suami saya. Katanya dia tidak tahu pun suami saya sudah berkahwin. Bila baca mesej mereka, jelas suami saya yang beria-ia, bukan perempuan itu. Malah perempuan itu sendiri sudah ada teman lelaki.
Suami saya cuba pikat dia dengan gambar kereta yang dipinjam, siap janji nak belikan motor untuk dia. Tapi nafkah untuk saya tergantung.
Ini bukan kali pertama dia kantoi curang. Dah banyak kali. Saya dah penat kerana dia sendiri pernah buat taklik—kalau dia curang lagi, dia akan ceraikan saya.
Saya kata kepadanya, bersyukurlah kerana ada isteri yang sanggup susah senang, tak mengungkit walaupun tak diberi nafkah. Bila motor atau kereta dia rosak, saya yang hulur duit dulu, walaupun tahu duit itu tak akan dibayar balik. Kalau orang lain, belum tentu nak bantu.
Sekarang, baru dia sedar tak ada siapa yang nak dia yang serba kekurangan itu.”
Kisah ini menjadi pengajaran besar agar setiap pasangan menghargai dan menjaga hubungan mereka. Kesetiaan dan kejujuran adalah asas utama dalam sesebuah perkahwinan.
BACA: Pantai timur mula dinaiki air, ini 7 persediaan banjir patut buat