NAFAS jalin kerjasama syarikat dari China tanam Musang King

NAFAS jalin kerjasama syarikat dari China tanam Musang King.Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas) akan bekerjasama dengan syarikat dari China untuk menanam durian Musang King di atas tanah seluas 4,046 hektar.

Menurut Pengerusi Nafas, Datuk Zamri Yaakob, bagi menjayakan usaha tersebut pihaknya akan membeli tanah seluas 8,498.4 hektar milik sebuah syarikat di Pahang.

“Selain durian Musang King kita juga akan menanam nangka madu dengan kerjasama syarikat dari China tersebut.

“Kerjasama tersebut akan dimuktamad menerusi Majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) 25 November ini dengan disaksikan oleh Perdana Menteri,” katanya.

Memetik laopran utusan online, Beliau berkata demikian selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Peladang Kawasan (PPK)Kuala Langat hari ini yang turut dihadiri Pengerusi PPK Kuala Langat, Dr. Abdul Razak Khasbullah.

NAFAS

Musang King

Beliau pada itu menambah, durian Musang King dan nangka madu tersebut akan dipasarkan ke negara Arab dalam masa tiga hingga empat tahun selepas proses penanaman.

Mengulas mengenai perancangannya sebagai Pengerusi baharu Nafas, Zamri memberitahu akan mencadangkan subjek Sains Pertanian diajar semula di sekolah dari peringkat rendah hingga menengah kerana bidang tersebut menjanjikan masa depan yang cerah.

“Hari ini kita lihat majoriti peladang terdiri daripada golongan tua dan kita bimbang tiada generasi muda yang mewarisi bidang pertanian.

“Dahulu kita ada subjek Sains Pertanian yang menjadi panduan untuk para pelajar yang menceburi bidang tani. Saya berharap bidang yang boleh menjana ekonomi ini diperkasakan di peringkat sekolah,” katanya.

Beliau berkata, golongan muda boleh menggunakan teknologi tinggi seperti fertigasi, hidroponik dan satelit untuk membantu mereka mengusahakan tanaman makanan.

BACA: Status Adun PN di Melaka belum terjawab, kerajaan atau pembangkang
BACA: PH kecewa Peguam Negara batal rayuan kes rasuah Ku Nan

COMMENTS

Wordpress (1)
  • comment-avatar

    […] BACA: NAFAS jalin kerjasama syarikat dari China tanam Musang King […]