Nadir, Caprice masih belum jawab soalan dari PDRM

Polis Diraja Malaysia (PDRM) masih menunggu maklum balas daripada penyanyi rap, Ariz Ramli atau Caprice dan Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia (CGM), Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman berhubung soalan-soalan yang diberikan kepada mereka.

Memberitahu Utusan Malaysia, Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintenden Ashari Abu Samah berkata, pihaknya sudah menghantar beberapa soalan menerusi e-mel kepada mereka namun setakat ini masih belum mendapat maklum balas.

“Mereka kata minggu ini, kami masih menunggu untuk melengkapkan siasatan.

Nadir, Caprice masih belum jawab soalan dari PDRM

“kalau diikutkan hari ini dia (Caprice) mahu e-mel. Saya perlu semak dengan pegawai penyiasat sekiranya dia telah e-mel atau tidak,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Terdahulu, kedua-duanya yang sudah dihubungi polis bersetuju untuk dirakam keterangan dan akan memberi kerjasama.

Pada 22 Julai lalu, Ebit Lew dilaporkan hadir ke Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju untuk dirakam percakapan berkaitan kes berkenaan.

Sebelum ini, pendakwah terkenal itu menafikan dakwaan Muhammad Nadir yang pihaknya membayar ratusan ribu dolar kepada syarikat Hala untuk memasuki Gaza menyifatkan dakwaan itu sebagai fitnah melampau.

Sementara itu, Caprice pula mencetuskan kontroversi apabila mendedahkan tegurannya kepada Ebit Lew susulan rungutan yang didakwa diterima daripada penduduk Gaza mengenai cara pendakwah itu menghulurkan bantuan termasuk perkongsian yang dibuat melalui media sosial.

Berita Penuh : https://www.utusan.com.my/terkini/2021/09/soalan-dari-pdrm-tiada-maklum-balas-dari-caprice-nadir/

BACA JUGA : Panas !!! Wanita dakwa terpaksa lahir anak keseorangan bila jururawat, doktor tak peduli