Nabila Huda berdepan saman fitnah gara-gara status media sosial

Nabila Huda berdepan saman fitnah gara-gara status media sosial. Pelakon dan pengacara terkenal tanah air, Nabila Huda bakal berdepan tindakan undang-undang dalam masa terdekat ini.

Hal ini timbul susulan dakwaan kenyataan berbaur fitnah yang dibuat selebriti tersebut melalui aplikasi media sosial Instagram dan Twitter, terhadap seorang aktivitis tempatan yang menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir di Sungai Lui, Hulu Langat.

Sebar Berita Palsu Dan Fitnah

Nabila Huda berdepan saman fitnah gara-gara status media sosial

Aktivis tempatan yang dikenali sebagai Fatimah Zaharah Rahim melantik peguam Nurul Hafidzah Hassan, Zeti Zulkifli dan Datuk Wan Azmir Wan Majid dari firma guaman NHA Advocates & Solicitors bagi meneliti tindakan yang sesuai diambil ke atas pelakon tersebut.

“Berdasarkan dakwaan berita palsu, fitnah dan tuduhan yang dilemparkan ke atas anak guam, kami akan kaji tindakan undang-undang yang akan diambil terhadap Nabila Huda,” ujar peguam Nurul Hafidzah

Menurut peguam, Nabila Huda didakwa sengaja menyalahgunakan kemudahan aplikasi tersebut dan menyebabkan ramai berasa benci terhadap aktivis tempatan itu sehingga membawa kecaman setelah kenyataan yang dimuat naik pelakon tersebut dikongsikan semula oleh orang ramai.

Peguam Nurul Hafidzah turut memaklumkan, anak guamnya itu bertegas mengatakan apa yang dinyatakan oleh pelakon tersebut adalah tidak benar kerana ia boleh menyebabkan kedudukan mereka yang bekerja dalam industri hiburan diprejudiskan.

Untuk rekod, undang-undang fitnah di Malaysia terbahagi kepada tuntutan sivil dan tuntutan jenayah. Akta Fitnah 1957 mengawal selia tuntutan fitnah di bawah undang-undang sivil yang memberi remedi pampasan atau ganti rugi melalui Akta Undang-Undang Sivil 1976.

Manakala tuntutan jenayah meliputi Seksyen 499 hingga 502 Kanun Keseksaan yang membawa penalti penjara atau denda.

Baca juga : Janna Nick holiday dengan boyfriend di luar negara, netizen tanya tidur bilik asing ke?
RCI Tabung Haji ditubuh, bekas hakim dilantik sebagai ketua
Jadi jutawan sekelip mata, tindakan lelaki ini buatkan penduduk terharu

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)