MySejahtera dedah 523 individu sepatut kuarantin bergerak kesana sini di Kedah

Anda

MySejahtera dedah 523 individu sepatut kuarantin bergerak kesana sini di Kedah. Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan sebanyak 523 daftar masuk di aplikasi MySejahtera dilakukan oleh individu positif Covid-19 atau berstatus kontak rapat dalam tempoh seminggu lalu di negeri ini.

Menterinya, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, pelanggaran perintah pengawasan di rumah (HSO) itu tidak sepatutnya berlaku kerana ia mendedahkan risiko kepada orang lain dengan kira-kira 18 peratus daripada jumlah daftar masuk tersebut dikesan berlaku di pasar raya.

“Itu menunjukkan individu yang positif Covid-19 atau berstatus kontak rapat ini tidak mematuhi peraturan ditetapkan manakala pemilik premis dan pengawal tidak melakukan pemeriksaan ketat di pintu masuk premis mereka,” katanya.

MySejahtera

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menghadiri Mesyuarat Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 (CITF) negeri Kedah di sini hari ini.

Katanya, senarai nama individu terlibat akan diserahkan kepada Pejabat Kesihatan Daerah untuk tindakan lanjut dengan pemilik premis diminta supaya memeriksa dengan teliti dan menghalang individu berstatus ‘merah’ di aplikasi MySejahtera daripada masuk ke premis mereka.

Berita Penuh : https://www.kosmo.com.my/2021/09/19/523-daftar-masuk-mysejahtera-di-kedah-positif-covid-19-kontak-rapat/

BACA: “Cerun runtuh awal dari yang dijangkakan”

COMMENTS

Wordpress (0)